Tuesday, May 18, 2010

rumah kedua







(tumpukan lebih perhatian pada belakang gambar - gaya hiasan rumah saya waktu itu)
Masa pindah ke rumah ini saya mengandungkan Awatif 6-7 bulan. Rumah ini juga banyak kenangan buat saya & suami. Sebenarnya asal rumah ini ialah rumah sewa suami semasa bujang, oleh kerana kawan serumah dia nak kahwin maka dia & kawan serumah yang lain dengan rela hati berpindah ke rumah lain.

Apabila kawan serumah dia yang dah kahwin tu nak berpindah ke rumah sendiri, maka dia bagitahu suami saya, setelah suami bawa saya melihat rumah itu, terus saya setuju.

Sewa rumah ini rm350. Rumah teres setingkat 3 bilik. Rumah kecil tapi selesa. Saya dapat ramai kawan setelah duduk di rumah ini. Paling saya ingat jiran sebelah, orang Kelantan, sebaya ngan saya. Anak dia 4 orang, pagi2 lagi saya sudah dengar suara dia sibuk uruskan anak2. Waktu tu Awatif baru 3-4 bulan. Memang tak sunyi dengan adanya dia. Sayangnya dia pindah ke KL setahun selepas itu. Masa mula2 dia pindah saya rasa sunyi sangat. Dia seorang yang peramah & periang. Walaupun sibuk uruskan anak2 seramai 4 org tetapi dia rajin memasak. Setiap kali dia masak apa2 dia akan kongsikan bersama dengan saya. Waktu sahur bulan puasa kalau tengok rumah saya gelap aje dia akan cal - takut saya tak bangun lagi.

Selepas dia pindah - pengantin baru datang menggantikan dia. Mungkin kerana masih muda, jiran baru ini jarang keluar rumah, hanya sesekali dia keluar rumah untuk bercakap dengan saya. Tapi setelah 5-6 bulan baru dia mula brgaul dengan saya & jiran2 yang lain. Saya selesa dengan dia kerana dia orang Perlis, kiranya dapat jumpa ngan orang utara, cakap pun tak payah nak cover2. (Jiran ini lah mengalami kemalangan yang meragut nyawa suami & anak bongsunya beberapa tahun selepas itu)

Saya mula belajar menghias rumah di rumah kedua ini. Saya juga banyak membeli "yang pertama" iaitu :-
1) Sofa pertama
2) Almari tv pertama
3) Meja makan pertama

Mungkin dari kecil Awatif sudah biasa dengan pasu2 kecil, barang2 kaca, bunga & perhiasan rumah yang lain - dia tak sentuh & kacau langsung barang2 tu. Saya masih ingat kalau jiran nak datang dia akan call saya minta tolong saya simpankan pasu2 & barang2 kaca saya, takut anak2 dia bagi pecah.

Saya suka alihkan perabot setiap kali rasa bosan. Bertukar2 tempat setiap 2@3 minggu. Masa ini saya belum pandai lagi nak bertema. Tema rumah ketika itu bebas kot. Ha..ha..

Saya tinggal di rumah ini dari 6/2001 hingga 12/2002.

No comments: