Saturday, May 8, 2010

rasa sayu

Baru balik dari KL, sampai pukul 9.00 mlm. Sampai aje rumah rasa sayu sangat terus masuk bilik awatif, macam dok terbayang aje ibu & mak tidur dalam bilik tu. Ibu dah kemas bersih bilik tu (mmg itu lah ibu). Bila kat depan tv pulak dok ternampak ibu & mak duduk dekat kerusi kayu sambil tengok tv, mak selalunya breakfast & minum petang kat situ, makan ubat, ibu & mak sembang2 sambil dok kata "umah hang ni panas betul la". Selalunya bila tengahari ibu & mak akan masuk bilik saya tengok tv pasal dalam bilik ada aircond. Sekarang musim panas terik, dah berapa minggu tak hujan. Lebih panas mungkin kerana rumah dekat dengan laut.

Saya tak ada mood nak buat apa pun melainkan duduk kat depan komputer ni. Kat ruang tamu teringat ibu & mak, kat dapur teringat ibu & mak, kat bilik teringat ibu & mak, masuk bilik air tengok kain basah pun boleh rasa sayu ingatkan ibu & mak. Habis macamana? Mr Hubby dok ejekkan saya, anak manja katanya. Memang pun, walaupun saya ni bukannya anak yang sempurna tapi saya amat kasihkan ibu & mak. Bagi saya mereka la segala-galanya.

Sebelum ibu balik ibu kemaskan rumah saya, basuh baju & lipat baju. Hari Khamis tu tiba2 saya pening kepala, malam Rabu tu saya dah rasa sikit2 jadi cepat2 saya makan ubat. Malangnya pagi Khamis tu makin berdenyut rasanya sampai saya tak terdaya nak hantar adik pergi sekolah. Adik bukan main seronok tak pergi sekolah, bab ponteng sekolah memang suka sangat la. Oleh kerana saya tak sihat pagi tu saya bangun lambat, bila bangun aje tengok ibu dah siapkan semuanya kerana petang tu nak bertolak ke KL. Mulanya plan nak pergi town pasal nak beli baju kelawar kat mak tapi memandangkan saya tak sihat mak tak bagi. Mak kata nanti boleh beli lagi lain kali. Last week masa kakak ada dah beli tapi mak nak yang bunga besar2. Mak kata mak dah jemu dengan bunga & corak2 yang kecil.

Mujur petang tu pening kepala dah kurang. Lepas ambil awatif balik sekolah, terus siap2, mandikan anak2, uruskan makan anak2 (ibu goreng nasi sedap sangat walaupun simple aje), lepas sembahyang Asar terus bertolak. Sebelum tu singgah kedai beli keropok lekor & keropok udang. Saya memandu sampai ke office Mr Hubby pas tu terus la bertolak ke KL. Sepanjang jalan tu stop 2 kali, sekali stop kat Temerloh beli kuih pau, bihun goreng & keropok kat mak dan keduanya kat Genting Sempah ( asalnya nak beli buah berangan tapi tak ada pulak, nampak petai tapi tak elok pulak). Sampai KL dalam pukul 8.30mlm. Kakak masak lemak cili api ikan keli. Sepatutnya mak teh pun akan ada sekali tetapi kereta mak teh rosak. Mak teh pinjam kereta abang pergi rumah kakak dan masa balik mak teh pinjam kereta saya untuk mak teh bawa pergi office esok.

Duduk umah kakak aje la sepanjang pagi jumaat tu pasal tak ada kereta, kakak pulak pergi sekolah. Petang tu pinjam kereta kakak kejap pergi Jaya Jusco dengan Mr Hubby, bukan nak beli apa2 pun cuma nak cari makan. he..he.. memang lari habis diet saya seminggu ni, esok baru nak mula balik diet. Ronda2 kat Jaya Jusco itu tapi tak tahu nak makan apa. Last2 beli sushi kat anak2 & buah berangan kat ibu. Mr Hubby nak makan Char Keow Teow & nasi lemak kat Mali. Singgah makan tapi hanya Mr Hubby aje makan, saya minum air aje pasal tiba2 ada plan besar he..he...Sampai rumah saya suarakan plan saya tu kat kakak & ibu, mereka pun kata ok. Apa plan besar saya tu? Tak la besar sangat cuma tiba2 teringin nak makan steambot kat Eita tu. Sebelum tu saya call kakak tanya, kakak ok aje, tapi masa tu belum confirm lagi pasal Mr Hubby tak nak makan steambot, jadi bila dia dah makan kat Mali tu saya boleh la sempurnakan plan saya tu. Abang Li pun tak nak join pasal saya dah belikan nasi lemak bungkus untuk abang Li & Mr Hubby.

Saya memang penggemar Steambot, setiap kali turun KL, kalau ada peluang mesti makan. Selalunya kami ambil buffet (seorang rm28.80) tapi kali ni saja nak makan Ala Carte (kononnya nak berjimat) yang harganya untuk 3 org rm40. Yang ikut saya, kakak, ibu, awatif & balqish. Saya rasa itulah kali akhir saya akan ambil ala carte pasal makan tak puas. Ketam pun tak ada, udang pulak cuma 6 ekor, yang banyak tu macam fish ball & fish cake. Rasa sedih pulak pasal selalunya makan semahu-mahunya tapi kali ini tersekat-sekat. Saya & Kakak nak tukar dah buffet tapi ibu tak bagi, ibu kata makan aje la apa yang ada, lain kali pulak la makan buffet. Tapi sebelum tu saya order mee bandung udang galah, sedap tapi kuah pekat sangat, pastu ada kacang pulak tu. Ibu yang habiskan. Mujur la kami ikut cakap ibu pasal yang mana ada pun tak terhabis. Nasib baik tak tamak. Memang kenyang sangat.

Sambil makan tu kakak cakap "kalau kita pergi kat Restoran Korea kat Ampang Point pun tak apa". Saya pula jawap "ya lah kak, sayang lupa langsung, kalau ingat tadi terus pergi aje kan..". Arzery ada bagitahu ada restoran masakan Korea halal kat Ampang Point masa dia pergi rumah kakak baru2 ni. Saya suka tengok drama Korea, bila tengok makanan depa jadi teringin nak rasa, kalau ada yang halal apa salahnya cuba kan? saya & kakak memang suka kalau bab makan nie..he..he..tak apa, janji tak nyusahkan orang cuma nyusahkan suami2 kami aje....Suami kami sayang kami tu yang badan kami berisi, siapa2 yang kurus tu tandanya laki depa tak sayang...he..he...

Sebelum keluar makan tu ibu dah masakkan special untuk mak, ikan salmon bakar. Em..em.. teringin bila tengok mak makan..he..he..Sejak seminggu ni mak dah ada selera nak makan, mak asyik teringat mee goreng mamak kat Swiss Garden Hotel Kuantan tu. Mak kata sedap sangat. Tak apa mak, nanti kita boleh pergi lagi.

No comments: