Tuesday, May 11, 2010

petang & malam yang sibuk



(uniform taska ABIM Aisy - pergi sekolah 2 hari setengah aje - rasanya sama dengan uniform Muqri, kalau sama ambil aje la uniform Aisy ni, sempat pakai sehari aje)

Sejak tengahari saya sibuk dengan urusan Hajah Saodah Family Day. Satu kerja rumah pun saya tak buat kerana tak sempat. Mujur pagi tadi sempat basuh baju & mengemas rumah sikit2.

Bukan senang nak menganjurkan majlis dengan melibatkan orang yang ramai walaupun ahli keluarga sendiri. Ada saja cadangan & pendapat masing2. Selalunya bila saya bercuti dimana2 yang selalu ikut serta selain Ibu & Mak ialah kakak & Mak Teh. Mak Uda, Nyah & Mak Su jarang ikut. Dulu waktu kecil2 selalu jugak keluarga bercuti & tempat yang selalu dikunjungi ialah Port Dickson. Yang selalu bawa bercuti ialah Nyah, Mak Teh & Lang. Waktu itu sepupu2 saya seperti Yan, Tiqah, Qilah, Abang, Arzery & Arnie kecil2 lagi, saya & Kakak pun waktu itu masih di sekolah rendah. Seronok betul masa tu, saya, Kakak, Yan, Abang paling rapat kerana Mak yang bela dari kecil. Time tu ingat nak seronok aje, tak ada masalah yang nak difikirkan. Mandi laut sampai berkudis di dagu kesan dari pelampung tayar yang disewa, manakala muka pulak menjadi hitam kesan matahari dek kerana mandi dari pagi sampai ke petang. Kenangan paling manis zaman kanak2. Dulu waktu sekolah rendah, cuti sekolah aje akan pergi ke KL, hari ini last sekolah, esok pagi terus naik bas pergi KL. Ibu, Mak, saya & Kakak.

Bila masing2 dah kahwin jarang lagi buat percutian macam dulu, yang selalu join saya pergi bercuti ialah Kakak & Mak Teh aje. Sepupu2 lain masing2 sibuk dengan family masing2. Percutian yang paling saya kenang ialah masa pergi ke Singapura bersama Kakak & Mak Teh. Walaupun penat tapi rasa berbaloi. Saya & Kakak selalu plan nak pergi macam2 tempat macam la poket tu lebat sangat he..he..

Mula tadi cal ibu bincang pasal penginapan, pastu cal office A Famosa di KL untuk confirmkan banglo rate, pastu cal Uda, Cal Mak Su, Cal Saiful, Cal Ibu balik, Cal Uda balik, Cal Saiful lagi sekali, Cal ibu lagi sekali, pastu dah abis, selesai satu bab. (pastu Pak Cik Din & Mak Teh cal - lenguh mulut & sakit telinga bercakap lama sangat dalam telefon).

p/s : teringat pulak waktu saya kerja secretary dulu, inilah antara tugas2 saya, menguruskan penginapan, airflight, kereta sewa, tempat meeting, uruskan makan minum, booking dewan & macam2 lagi. Paling saya kenang semasa kerja di Arab Malaysian, menguruskan interview walk in secara besar-besaran (melalui iklan di paper)bila mula2 Amcorp Mall - UNO Mall di buka.

No comments: