Thursday, May 27, 2010

pening kepala

Hari ini Aisy tak pergi sekolah kerana saya pening kepala sangat - semalam dah rasa sikit2 terus saya makan ubat, tidur semalam tak berapa nak nyenyak pasal rasa denyut2 kepala ni. Pagi ni bila bangun kepala masih rasa pening & rasa macam lemah sangat badan - bangun kejap ambil baju sekolah Awatif pastu terus sambung tidur.

Aisy bangun awal - pagi2 dia buka komputer sendiri & main game, lepas dia boring dia tutup komputer pastu buka tv tengok kartun - dia boring lagi, dia on balik komputer, lepas 2-3 kali dia on off komputer & tv - dia panggil saya, "adik lapar - nak makan nasi". Saya memang pening lagi waktu tu tapi terpaksa gak bangun - time tu pukul 10.00 pagi. Saya panaskan nasi semalam & ayam goreng, pastu goreng telur hancur. Dia lapar sangat kot pasal makan bertambah.

Hari ini apa2 kerja rumah pun saya tak buat - tingkap bilik pun tak buka hari ini - bila bangun rasa pening sangat - lepas makan ubat saya mandi & rehat dalam bilik sambil tengok tv. Rasa ngantuk tetapi tak boleh nak tidur. Lepas ambil Awatif (saya gagah juga bangun) - saya & Aisy tidur sampai pukul 5.00. Saya tersedar bila suami call tanya nak makan apa malam ni. Saya rasa macam nak makan bihun sup - anak2 nak nasi goreng pattaya.

Petang baru saya rasa sihat sikit - dalam pukul 6 petang tiba2 saya rasa lapar sangat - saya makan nasi sikit - panaskan udang petai yang saya masak 2-3 hari lepas tu. Tunggu bihun sup rasa macam lambat sangat. Elok saya makan aje, suami pun sampai rumah. Saya rasa kenyang - simpan bihun sup dalam peti ais - esok anak2 boleh makan.

No comments: