Wednesday, May 12, 2010

Nostalgia Awatif













Kehadirannya memang dinanti-nanti oleh saya & suami. Sebelum ini saya keguguran, jadi setiap hari saya berdoa supaya dikurniakan cahayamata. Saya cuba pelbagai rawatan tradisional - Alhamdulilah saya mengandung akhirnya.

Berita ini disambut penuh gembira oleh keluarga saya & suami, ini adalah cucu yang ke 3 bagi ibu saya manakala pihak suami, ini merupakan cucu yang pertama.

Melalui pengalaman pertama mengandung merupakan saat yang paling indah - pada bulan2 awal kandungan, saya habiskan masa di kampung kerana saya mengalami alahan yang teruk. Saya buat pemeriksaan bulanan di Hospital Ampang Puteri KL. Sepanjang kehamilan saya mengalami lelah hingga kena tahan di wad. Sejak itu saya kurangkan pengambilan makanan yang sejuk - pulut antara yang makanan yang saya tak boleh makan.

Saya banyak mengidam makan yang enak2 sepanjang saya mengandung - antaranya ialah steambot, Mak Teh sanggup keluarkan duit untuk bagi saya makan steambot - selalunya Kakak & Abang Li yang jadi drivernya. Tetapi untung jugak kerana mereka pun tumpang sekali makan..he..he..

Saya masih ingat waktu itu saya tidur, saya mimpi makan ketam, tapi dalam mimpi tu saya boleh rasa keenakkan ketam dalam mulut saya. Pelik kan? Suami sedaya upaya cuba memenuhi selera saya.

Sebulan lagi tarikh saya bersalin, saya sudah ada di KL, kerana takut apa2 jadi pada saya semasa suami pergi kerja. Saya tinggal di rumah Kakak bersama dengan ibu yang turut menemani saya. Waktu tu Balqish kecil lagi. Beza Awatif & Balqish setahun aje. Tarikh jangkaan saya bersalin ialah 27-7-2001 tetapi bila 3-8-2001 saya masih belum bersalin. Tarikh 3-8 adalah harijadi saya, kebetulan hari itu saya ada appointment dengan Doktor, minta bersalin pada hari itu, saya ingat Doktor Jemilah (sekarang Datuk) kata "kenapa nak share birthday dengan anak, nanti hari tu you rasa tak special" saya memang nak kalau berkongsi hari lahir dengan anak. Doktor bagi masa lagi seminggu, kalau tak bersalin jugak saya akan kena induce.

5 hari selepas itu saya rasa baby kurang bergerak - sebelum itu doktor dah berpesan kalau rasa kurang dari 10 kali baby gerak kena terus ke hospital. Saya maklumkan pada ibu & kakak - ibu dah jadi takut, lalu kakak & abang Li bawa saya pergi ke hospital untuk pemeriksaan. Saya kena tahan wad pada hari itu & terus maklumkan pada suami yang berada di Kerteh supaya datang ke KL petang itu jugak. Keesokkan pagi saya di induce & dijangka bersalin pada petang. Saya sempat merasa sakit bersalin biasa tetapi terpaksa bersalin secara pembedahan kerana jalan masih tak terbuka walaupun berjam2 sakit ditambah pulak baby dah berak dalam perut.

Dalam dewan bedah sejuk sangat, saya amat takut, hanya berserah semuanya pada Allah, sebaik sedar saya terus bertanya nurse boy @ girl, nurse jawab girl. Saya pun tertidur balik. Sampai bilik, ada ibu & suami. Saya rasa lemah sangat, lengan saya dua2 belah lebam, saya masih dibius dari pinggang ke bawah, saya tak rasa apa2 kat kaki saya selama 2-3 hari. Lepas ubat bius habis, mula lah "penderitaan" saya, SAKITnya Tuhan saja yang tahu. Saya hanya berkesempatan jumpa awatif lepas 2-3 hari kerana Awatif ditempatkan dalam inkubator kerana paru2 dia lemah (kesan dia berak dalam perut). Pertama kali tengok dia dalam inkubator tu saya menangis, kesian dia, badannya yang kecil di cucuk dengan 2-3 jarum. Lepas seminggu baru saya berpeluang mendukung dia, itupun hanya sekejap. Saat pertama kali memegang dia, saya merasa amat gembira, saat yang tak boleh dilupakan sampai sekarang.

Bila boleh keluar hospital, saya terus dibawa ke rumah Kakak. Tidur semalam, lepas tu pergi rumah Mak Su. Tidur semalam sebelum balik kampung keesokkan harinya. Di kampung buat qiqah dia semasa dia berumur 25 hari.

Menjaga dia amat senang, dia menyusu badan sepenuhnya sehingga berumur 2 tahun. Kerap jugak dia masuk keluar hospital, tetapi setelah berumur 4 tahun dia sudah jarang sakit. Rambutnya yang kerinting sering menjadi pujian orang bila pergi keluar kemana-mana, tetapi saya lebih suka kalau dia rambut lurus. Saya buat teknik rebonding pada dia diusia 4 tahun. Dia suka sangat bergaya sampai la sekarang. Warna kulit amat sensitif pada dia. Apapun dia, dia anak saya yang cantik & pintar..Moga menjadi anak yang solehah, berjaya dunia & akhirat, Amin..

No comments: