Wednesday, May 12, 2010

Nostalgia Aisy








Saya mengandungkan Aisy tanpa dirancang, namun bila tahu saya mengandung saya & suami amat gembira memandangkan ketika itu Awatif sudah pun berumur 3 tahun. Sepanjang perjalanan balik dari klinik saya & suami asyik tersenyum. Walaupun saya masih merasai kesakitan bersalinkan Awatif dulu melalui pembedahan, tetapi saya amat gembira dengan berita ini. Takut, berdebar2 & macam2 perasaan saya rasa ketika itu.

Kebetulan masa saya mengandung, jiran2 saya jugak mengandung, macam buat janji pulak, bukan seorang tetapi 4 orang. Rasa malu pulak bila berkumpul ramai2 pasal semuanya mengandung ha..ha..Saya mabuk teruk seperti ngandungkan Awatif jugak. Ambil masa 3-4 bulan juga baru la hilang mabuk tu. Saya kena admit di Hospital Ampang Putri 2-3 kali sebab mabuk & lelah. Awal2 mengandung tu saya tinggal di rumah Mak Teh & Kakak. Bila mengandung 4 bulan saya buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan, semata-mata untuk dapatkan kad merah sahaja. Bukan pergi seorang tetapi dengan jiran2 yang sama2 mengandung tu ha..ha..Bila ingat balik rasa kelakar betul. Jururawat tu nasihatkan kami supaya buat pemeriksaan setiap bulan, dia pun tahu kami cuma nak kad merah aje. Kawan2 lain bagitahu walaupun nak bersalin di Hospital swasta tetapi kad merah itu penting kerana kalau2 ada kecemasan apa2, bila dihantar ke hospital kerajaan, tanpa kad merah akan di marah. Oleh kerana saya ada lelah jadi saya dikenakan "kad merah" dibuku kesihatan saya itu. Sya diberi lebih perhatian kerana lelah saya tu. Saya hanya pergi ke Klinik Kesihatan tu selama 3 kali sahaja, tetapi Nurse ada datang ke rumah hampir setiap bulan untuk buat pemeriksaan ke atas saya.

Saya buat scan untuk tahu jantina baby bila saya mengandung 6 bulan, perempuan, itulah yang doktor bagitahu setelah 2 klinik saya pergi untuk kepastian. Saya & suami tak kisah lelaki ke perempuan cuma harap baby sihat & sempurna sahaja. Kalau baby lelaki kami cuma anggap sebagai satu bonus. Sepanjang saya mengandung kesihatan saya kurang baik, selalu kena serangan asma, sakit ulu hati & macam2. Bila mengandung sayala yang paling huduh dengan muka yang sembam, bibir mulut jadi tebal, muka jadi hitam, gemuk dengan perut yang besar. Bila mengandung 8 bulan saya buat pemeriksaan di Hospital Ampang Putri - masa Doktor Jemilah (kini Datuk) tanya saya "dah tahu ke baby apa" saya jawap "dah - baby girl" kemudian Doktor tu cakap "baby boy la", bila doktor cakap boy aje, suami yang ketika itu duduk terus bangun & cakap "boy? scan kat Kerteh kata girl, 2 kali scan". Syukur pada Tuhan, nampak gayanya lengkap la family saya dengan kehadiran baby tu nanti.

Sebelum itu saya buat x-ray untuk tahu samada saya boleh bersalin normal atau kena melalui pembedahan seperti bersalinkan Awatif, lepas x-ray, jumpa Doktor "awak memang tak boleh bersalin normal la, ukuran tulang pinggul awak kecil, saya tak mahu ambil risiko" Saya memang dah jangka, tetapi macamanapun tetap rasa sedih, saya menangis jugak pasal teringin nak bersalin normal macam perempuan lain. Teringin nak rasa kesakitan yang di sebut2 & dicerita oleh ibu2 yang lain. Lepas seketika, baru saya rasa ok, saya tak mahu fikir yang bukan2, yang saya mahu saya & anak saya nanti selamat & sihat tak kirala bersalin normal atau pembedahan. Saya tetap ibu walaupun tak bersalin secara biasa, tiada siapa boleh pertikaikan hak saya itu. (ada jugak suara2 sumbang yang mempertikaikan kenapa saya operate, malah ada yang menuduh saya sengaja tak mahu bersalin normal)

Saya dijangka bersalin pada bulan puasa tahun itu, saya tersenyum lagi kerana tahun lepas puas saya ngatakan Kakak saya yang bersalin pada bulan puasa tahun sebelumnya. Bezanya saya akan bersalin pada awal puasa manakala Kakak pulak bersalin lagi 2 minggu nak raya. Kiranya saya agak beruntung kerana masa raya saya boleh makan lontong, ketupat & lemang, Kakak pulak oleh kerana dia bersalin lewat sikit maka masa raya dia masih berpantang tak boleh makan ketupat, lemang & lontong. Nasib saya baik kan?

Tetapi paling saya sedih ibu pergi Umrah pada hari saya keluar Hospital, ini bererti mak yang akan jaga saya sepanjang tempoh saya berpantang di kampung. Saya kesiankan mak yang terpaksa menjaga saya, mujur waktu itu mak masih sihat tak seperti sekarang. Untuk tak menyusahkan mak, saya ada menolong buat kerja rumah seperti lipat baju & sapu sampah bilik yang saya tidur. Saya percaya Mak2 saudara & Kakak saya sepanjang tempoh berpantang dibawah jagaan ibu saya tak pernah buat kerja macam yang saya buat. Bukannya Mak yang suruh tetapi saya sendiri yang nak buat kerana kesiankan mak. Awal2 pagi lagi mak akan kejutkan saya, mak akan mandikan Aisy & siapkan dia. Lepas tu saya akan mandi pula, memandangkan saya bersalin melalui pembedahan saya tak bertungku, tak berurut & tak pakai bengkung. Saya cuma sapukan minyak panas seluruh badan & pakai pilis.

Pagi2 mak & bapa mertua akan datang rumah saya untuk beri sup ikan haruan untuk saya minum. Kadang2 mereka akan bawa ikan haruan mentah - mak akan masak gulai. Saya jarang makan masakan emak, kerana selalunya ibu yang akan masak, tetapi masa mak jaga saya tiap2 hari mak masak walaupun mak berpuasa. Sedap2 mak masak walaupun simple sahaja. Sebenarnya sebelum saya bersalin saya sudah uruskan untuk ambil bibik, sepatutnya sebelum puasa bibik akan sampai tetapi kerana dah nak raya agen tu minta ditangguhkan selepas raya. Masa tu dah tahu ibu akan pergi umrah pada bulan puasa jadi saya selalu doa biar bibik sampai sebelum saya bersalin kerana tak mahu menyusahkan mak. Malangnya sehari sebelum 44 hari tempoh berpantang barulah bibik sampai.

Masa itu kembar masih bersekolah, mereka yang temankan saya tidur dalam bilik. Mereka yang banyak menolong saya menguruskan Awatif. Kelakar bila teringat tiap2 hari mereka bergaduh siapa yang nak basuh berak Awatif - paling tak lupa dialog mak "dia bukannya berak hari ini aje, esok pun dia berak juga jadi kenala gilir2, hari ini kakak, esok adik pulak" ha..ha..kelakar betul..

Mak Su balik kampung awal tahun tu, mak su yang ajar Awatif pergi toilet kalau nak kencing & berak, sejak tu dia tak pakai pampers dah, waktu tu Awatif 3 tahun. Kakak pun balik awal jugak tahun itu.

Raya tahun itu raya paling "nostalgia" kerana Ibu tak ada - ibu masih di Mekah kerana ada sebab2 teknikal, raya ke 3-4 baru ibu balik. Sehari seblum raya kami semua kelam kabut kerana selalunya ibu yang uruskan semua, mak meleleh air mata semasa sibuk2 kat dapur, teringat kat ibu la tu. Saya pulak walaupun dalam pantang agak sibuk juga menolong didapur. Tak la buat kerja teruk2 - simple2 aje.

Lepas ibu balik, buat qiqah Aisy - ambil catering Che Rus - ibu pula kurang sihat sejak balik dari umrah - mungkin perubahan cuaca. Masa qiqah Aisy, saya masih dalam pantang, tak ingat hari yang ke berapa. Mak kurang tegas sikit dalam pengambilan makanan saya - saya makan rambutan, durian & curi2 minum air ais he..he..

Lepas habis pantang baru saya berurut, tapi tak sepenuhnya macam orang lepas bersalin kerana saya takut. Nak sentuh kat bahagian pembedahan pun saya tak berani.

Seminggu sebelum saya habis berpantang, mak kena admit kat BM Specialist, lepas mak discharge pagi tu, petang tu hari yang sama, Aisy pulak kena admit di tempat yang sama. 3-4 hari sebelum tu dia asyik nangis aje, malam2 dia tak tidur, nangis aje, hari yang kena admit tu, dia muntah susu & susuh keluar ikut hidung. Muka dia pucat sangat, ibu takut nak bagitahu saya tetapi saya memang perasan muka dia pucat betul. Hari ini habis tempoh 44 hari saya berpantang, esok Aisy kena admit. Memang kelam kabut juga saya time tu. Kebetulan mak su & pakcik chop rancang nak pergi Langkawi pada esoknya, saya pun dah siap2 packing baju dah tetapi kerana aisy kena admit, saya tak dapat pergi Langkawi, yang ikut serta ibu, mak, kakak sekeluarga & maksu sekeluarga. Awatif ibu bawa kerana kesiankan dia. Ibu tanya saya okey ke kalau ibu pergi Langkawi, saya pun walaupun sedih tak dapat pergi tetapi saya lebih pentingkan kesihatan Aisy, jadi saya kata kat ibu, ok la, bibik yang temankan saya di hospital. Mak uda tak pergi Langkawi jadi hampir tiap hari mak uda datang melawat saya. Lepas seminggu Aisy dah boleh keluar hospital.

Sepanjang menjaga dia, saya diuji dengan pelbagai dugaan. Saya rasa saya lebih tabah dengan kehadiran dia dalam hidup saya sekeluarga. Dia kerap sakit & keluar masuk hospital dari umur dia sebulan sampaila sekarang. Pertama kami diuji bila doktor kata dia mungkin sakit leukimia, bila dengar itu secara tak sedar saya keliling klinik itu 5-6 kali sambil menangis, jantung saya bagai nak berhenti, Syukur pada Tuhan bila di masukkan ke Kuantan Specialist, buat ujian darah & x ray, pakar kata dia cuma demam virus biasa. Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan saya ketika itu. Kedua, disyaki penyakit yang sama kerana darah pletlet yang rendah. Kuasa Tuhan jugak, bila buat ujian darah, bukan penyakit serius itu. Yang ketiganya bila disyaki kena jangkitan virus H1N1 - memandangkan dia ada lelah, saya amat takut. Mujur, hanya demam virus biasa jugak. Saya amat berharap bila dia semakin besar, dia akan semakin sihat. Itulah harapan setiap yang bergelar ibu...

1 comment:

rositahmdzain said...

Ini x adil !!!! Ayg x sebut pun uda bawa balik ayg anak beranak dari KL ke kampong. Uda pun ada teman ayg tau masa kat umh mak teh n kat kampung. Lupa la tuuuu.....