Wednesday, May 5, 2010

minggu bersama ibu & mak iii





Hari ini tak kelam kabut sangat, lepas hantar adik pergi sekolah sempat lagi tengok drama Korea. Menu hari ini simple sangat - ikan kerapu masak asam. Itu aje, bukan malas tapi lauk semalam masih banyak lagi. Esok dah nak pergi KL, dapur tutup esok pasal malas nak ngemas. Walaupun masak simple pun tapi lepas masak nak ngemas tu yang leceh. Tambah musim panas sekarang, ,mandi peluh tau duduk kat dapur lama2.

Sebelum ambil adik balik sekolah hantar ibu buat facial kat kedai yang selalu saya buat. Lepas scan kulit ibu, May (beautician) cadangkan guna kolagen & buat rawatan mata memandangkan bawah mata ibu ada masalah & kulit muka ibu sedikit berkedut. Rawatan yang dicadangkan dijanji akan nampak kesan serta merta tapi hanya bertahan selama lebih kurang 2 minggu. Sebaiknya kena buat banyak kali supaya kesannya dapat bertahan lama. Memandangkan ibu nak balik esok, tak boleh la nak ambil pakej macam saya. Lain kali kalau ibu datang sini boleh buat lagi. Dari ibu masuk kedai sampai ibu nak balik May dok kata ibu nampak muda walaupun umur dah 58 tahun. Hei..tengok anak la..he..he.. Tempoh facial ibu tu lebih kurang 2jam setengah. Saya tinggalkan ibu di kedai, lepas tu ambil adik balik rumah. Dalam pukul 2 saya hairan kenapa ibu masih tak call lagi, belum abis lagi ke, saja je saya ambil hp, tengok2 bateri abis, lepas charge aje bertalu2 sms masuk, miscall dari ibu & May. Ibu dah abis buat facial, saya pun terus keluar rumah, adik tak ikut pasal nak temankan tok nek. Mak tak mahu lunch lagi pasal nak tunggu ibu. Sampai rumah kami lunch sama2 sambil ibu cerita pasal facial tadi, ibu tak boleh nak tidur pasal orang sebelah dok berdengkur kuat. Ibu kata sakit betul time dia picit nak buangkan white & black head. Saya dah bagitahu kat ibu memang sakit sampai meleleh air mata saya tapi ibu kurang percaya kerana sebelum ni kalau saya buat facial saya memang pesan siap2 tak mahu picit apa2. Ibu tahu saya memang tak tahan sakit jadi bila saya kata sakit tu ibu ingat sakit tu sikit saja. Memang nampak perubahan kat muka ibu, bersih & licin aje. Ada kesan merah akibat kena picit tadi tapi 2-3 hari akan hilang, macam saya buat kali pertama dulu. Setiap kali buat facial bila time picit tu yang saya tak tahan. May selalu kata perempuan kena la tahan sakit kalau nak cantik. Iya ke? Datin2 yang banyak duit tu patutla kulit depa cantik & bersih malah nampak muda, kalau kita pun dok selalu buat facial, mandi susu la, mandi bunga macam depa tu kita pun boleh cantik dan muda macam depa. Macam Anita Sarawak tu, ntah apala rawatan yang dia buatkan? Ada tak yang tertanya2 macam saya? he..he...

Hari ini panas melampau betul, duduk dalam bilik aircond pun boleh berpeluh2. Mak dok kata awat la umah hang ni pasal sangat. Kalau kat umah kakak, nak tidur siap mak pakai stoking, selimut tebal tapi kat umah saya, walaupun aircond 17C tetapi mak tak pakai stoking pun. Panas bahang, percaya tak air paip panas, sampai mak kata mandi tak puas. Dah lama tak hujan kat sini. Kadang2 mak berkemban aje pasal tak tahan panas.

Esok mak & ibu nak balik KL dah, mesti sunyi kami anak beranak lepas ni. Plan esok nak bertolak ke KL dalam pukul 4.30ptg lepas Asar.

No comments: