Monday, May 3, 2010

minggu bersama ibu & mak i

Pagi ni rasa ngantuk sangat. Lepas kejutkan awatif, tertidur kejap. Lepas awatif mandi, dia kejutkan tanya baju mana. Bila dah selesai uruskan dia pergi sekolah sambung tidur balik, pesan kat ibu suruh kejutkan pukul 8 pagi. Bila ibu kejutkan, rasa ngantuk lagi, nak bangun pun rasa malas sangat. Tapi kena paksakan diri jugak, nanti bila Aisy tengok uminya malas, lagi dia malas tak mahu pergi sekolah.

Bila dah mandi baru rasa segar sikit, lepas tu baru kejutkan Aisy. Mula2 memang susah dia nak bangun, janji dengan dia lepas balik sekolah nanti adik boleh main game, umi tak kacau. Dah janji macam tu baru la dia bangun dengan malasnya (macam la uminya). Hari ini lewat sikit pergi sekolah.

Lepas hantar dia ke sekolah, singgah kedai belikan kuih untuk mak. Mak nak karipap. Sampai rumah cakap dengan ibu nak tidur kejap. Selalunya memang tak tidur lepas hantar adik sekolah tapi tak tahulah hari ini ngantuk sangat, mungkin sejak hari Khamis tu tidur tak cukup. Lepas teman ibu & mak breakfast, saya pun tertidur. Drama Korea tak tengok pun hari ini. Tersedar pukul 10.50 pagi bila dengar ibu bercakap telefon dengan Nyah atau Mak Su tapi still malas nak bangun, bila ibu dah selesai, ibu dok kata "bangun la, dah pukul 11", saya pun bangun la, tengok drama Hindustan, ibu & mak peminat setia drama Hindustan, saya tak minat.

Pukul 11.30 pagi keluar ambil adik, lepas tu singgah kedai beli halia, bendi, cabai hidup & cabai melaka. Sampai rumah ibu dah siap2 nak masak. Hari ini menu tengahari ikan terubuk bakar, kembung masak pendang, sayur, air asam & sotong masak halia. Lari lagi la diet saya hari ini. Semalam timbang naik 1 kilo. Nak turunkan 1 kilo tu ambil masa seminggu tapi nak naik dalam 2 hari aje. Tension betul la.

Lepas makan tengahari lepak dalam bilik dengan ibu & mak. Mak kata panas betul rumah hang ni sayang. Memang panas pun, seharian duduk dalam bilik aircond aje. Mak kata mungkin pasal umah dekat laut kot. Nasib baik dalam bilik ada tv jadi mak tak la boring duduk dalam bilik aje.

Pukul 3 keluar ambil awatif, balik singgah beli ketam, ikan kerapu & ikan gelama. Mak pesan mak tak mahu ikan besar2, mak dah jemu ngan ikan tenggiri & ikan merah. Sampai rumah anak2 pujuk tak mahu pergi fardu ain, depa kata depa ngantuk. Lepas uruskan anak2 makan nasi, saya pun tertidur sekali dengan adik. Awatif ngantuk tapi tak boleh nak tidur. Dia baring aje.

Mr Hubby balik pukul 6 terus saya siap2 pergi pasar malam, nak cari ubi kemili untuk mak. Puas cari tapi tak ada, mungkin bukan musimnya. Beli ikan lagi, kali ni ikan kerapu lagi sekilo (murah aje sekilo rm10, tadi rm18) & ikan selar kuning.

Lepas maghrib lepak lagi dalam bilik, sembang2 dengan ibu & mak, pukul 11 baru keluar bilik. Bincang ngan ibu nak masak apa esok. Ibu nak masak lemak ketam & nenas & sambal tumis petai udang. Adoi, mmg abis la diet, tapi tak apa, minggu ni tak payah diet, minggu depan bila ibu & mak balik baru sambung diet lagi. Patut la kakak kata bila ibu & mak ada kat umah kakak, badan kakak naik 3-4 kilo. Macamana tak naik, ibu masak sedap2, sebenarnya untuk mak, bagi mak ada selera makan, tapi selalunya mak makan sikit aje, kami yang lebih makan. he..he..

No comments: