Saturday, May 15, 2010

memancing udang





Hari ini awal2 pagi angin rajin saya datang, saya mengemas rumah dari ruang tamu sampai la ke dapur. Ruang tamu & ruang menonton tak bersepah cuma habuk aje. Walaupun tingkap tak dibuka tetapi habuk sentiasa ada. Dapur pulak tiap2 hari kena kemas, anak2 punya hal. Walaupun tak masak, tiap2 hari kena lap & mop. Hari ini juga saya sempat cuci peti ais. Saya ni pantang tengok peti ais kotor, dalam seminggu paling kurang 2 kali saya akan "operasi" kan peti ais saya tu. Macamana malas pun saya tetapi kalau pasal peti ais saya automatik jadi rajin. Lagi satu bilik air. Satu lagi pantang saya. Saya tak boleh nak "uruskan" hal saya kalau bilik air kotor. Sikap ini anak2 saya pun terikut. Kalau pergi mana2 toilet awam & rumah orang yang toilet tak bersih, anak2 saya seboleh-bolehnya tak mahu masuk & kalau terpaksa juga mereka akan terjengket (betul ke ejaan ni) kaki. Saya rasa memang patut kita tanamkan sikap kebersihan pada anak2 sejak kecil. Saya juga terikut-ikut sikap ini dari ibu saya. Ibu memang pentingkan kebersihan & rumah sentiasa kemas. Saya juga mewarisi sedikit kepandaian mengemas rumah dari ibu. Ibu lebih handal dari segala segi. Cuma bakat memasak dari ibu saya tak dapat..ha..ha..bab memasak ini kakak yang pandai. Bab mengemas dia kurang sikit. Tapi tak tahu la bakat tu bakat terpendam pasal dia belum ada rumah sendiri lagi. Kot2 bila dah ada rumah sendiri terkeluar habis bakat2 dia tu....(dia akan pindah rumah sendiri pada penghujung tahun ini).

Bab memasak ini saya memang out. Gulai pun saya masak tak lulus lagi. Selalunya saya masak gulai yang segera saja. Mujur suami pun tak cerewet.

Pukul 11pagi Beautician saya cal remindkan saya ada appointment tengahari ini. Saya hampir lupa, saya masih ada lagi 3 kali facial treatment. Ini bermakna lagi 3 minggu aje nak habis. Tak sabar2 nak habiskan pasal setiap kali buat facial memang rasa relax tapi saya paling tak tahan kena picit buang white & black head tu. Sakit sungguh2. Mujur hari ini tak lama, dalam 10minit aje dah habis. Hari ini Awatif temankan saya. Bukan tak boleh nak pergi seorang tetapi suami suruh bawa dia pasal takut nanti gaduh ngan adik. Adik sejak akhir2 buat perangai betul, selalu tumbuk belakang & dada Awatif. Dah berapa kali saya pukul tangan dia tetapi tak juga dia serik. Walaupun kecil tetapi tenaganya kuat. Kakak dah la kurus takut apa2 jadi bila ditumbuk kat dada & belakang.

Lepas habis facial dalam pukul 2 petang, dapat sms dari suami suruh beli sup ayam & roti hotdog. Saya memang tak sempat masak tadi (he..he..bukan x sempat memang tak nak masak pun). Sebelum tu ingat nak pergi kedai, gunting rambut Awatif bagi sama kat hujung tapi ramai orang la pulak. Singgah kedai baju budak2 Al Amin, saja nak tengok2, kedai tu buat sale, dari harga baju rm49.90 & rm39.90 jadi rm19.90. Dalam pada dok tengok2 tu terbeli 2 tshirt & sarung kaki warna hitam kat Awatif. Lepas tu singgah restoran beli sup ayam & ayam madu.

Lepas semua lunch, suami suruh semua tidur. Pagi tadi semua bangun awal. Lepas bangun saya janji nak bawa anak2 pergi memancing udang. Ada kedai baru buka dekat dengan rumah. Kami semua pun tidur sampai le petang. Saya tidur sekejap lepas tu bangun tengok drama Korea.

Lepas Maghrib baru keluar pergi kedai memancing udang tu. Satu jam rm15, setengah jam rm10. Suami ambil yang setengah jam sahaja pasal malas nak menunggu sejam tu lagipun anak2 sekolah esok. Tak ada rezeki kami malam ini, 4 kali udang terlepas dari batang kail. Tak tahu apa puncanya. Pakcik kat depan kami dalam setengah jam tu hampir 10 ekor dapat. Suami bukan kaki pancing jadi dia tak tahu cara-caranya. Saya rasa mungkin udang tak sempat makan umpan betul2, suami sudah tarik kail, mungkin itu yang menyebabkan udang terlepas. ha..ha..macam saya pulak yang pro nya.

Anak2 mengamuk tak dapat udang seekor pun, suami janji minggu depan datang lagi. Suami dok mengomel kalau beli kat pasar dengan rm10, boleh dapat banyak ekor udang. Ha..ha..anak2 bukannya faham.

Selesai kat kedai memancing pergi kedai bunga Era Nona, anak2 sibuk nak belikan hadiah kat cikgu sempena hari guru esok. Sekolah Awatif buat sambutan hari guru esok, tak belajar & ada macam2 aktiviti. Pening kepala nak belikan apa, dia nak hadiahkan dekat 13 orang guru. Suami kata hadiahkan dekat guru kelas aje tapi dia berdegil jugak. Hampir sejam jugak kat kedai tu dok memilih. Adik pun nak jugak bagi hadiah kat cikgu dia. Saya tak tahu nak beli apa, dah la kesuntukan masa, kalau tak boleh la cari ditempat lain. Semalam dia tak ingatkan saya. Pilih punya pilih akhirnya dia ambil pen yang dibalut dengan cantik (selalunya orang buat untuk kenduri kawin). Satu bungkus tu ada 25 batang, harga rm49.90. Semua yang saya pilih dia tak nak. Dia pilih pulak paper bag yang kecil untuk nak masukkan pen ke dalam. Jadi tak payah nak bungkus. Malas nak fikir lagi saya terus bayar aje.

Dalam perjalanan balik rumah cal ibu. Ibu masak pulut hari ini. em..sedapnya. Saya & Kakak memang suka makan pulut. Anak2 kami pun ikut selera kami.

No comments: