Sunday, May 30, 2010

kebun kecil







Antara pokok2 yang sedang membesar di belakang rumah saya - ala2 kebun kecil la :-

1) Bunga Kantan
Tak berhenti mengeluarkan hasil sepanjang tahun, sejak setahun kebelakangan ini saya tak pernah membeli lagi bunga kantan - buat laksa memang sedap ni. Sayang banyak yang busuk begitu sahaja di sebabkan mood saya yang malas masak sejak akhir2 ini. Masa ambil gambar tadi pun ada 4-5 batang yang sesuai dah untuk di ambil.

2) Pokok Mangga @ Pelam
Hampir 3 tahun dah tanam pokok mangga ni tetapi tak membesar pun - tak banyak beza pun masa mula2 tanam. Memang tak pernah letak baja pun - he..he.. - bahagian luar rumah ni bukan bidang kuasa saya - itu tanah jajahan suami.

3) Lengkuas
Mula di tanam masa baru2 pindah - walaupun menjadi lengkuas nya tetapi selalu beli kat kedai - kenapa? - suami tak berani nak ambil & korek, takut kot2 Cik "U" buat sarang kat dalam rimbunan daun2 tu. Kalau dah suami pun takut saya pun apalagi, jadi baik beli je kat kedai rm1-00 dapat buat rendang & ayam masak merah 2-3 kali. He..he..syarat ada aje la pokok lengkuas tu.

4) Serai
Mulanya ada 4 rimbun serai tetapi takut Cik "U" jugak - maka upah budak mesin rumput buang jadi tinggal 2 aje - kalau tidak merimbun penuh tu tapi baru sehari dua budak mesin rumput jadikan "kurus" serai tu. Selalunya kalau saya nak masak menggunakan serai, suami akan ambilkan - kalau suami kat tempat kerja, saya rela beli dari nak susah payah korek - takut ada yang muncul makhluk2 yang di luar jangkaan. (memang penakut)

5) Daun Pandan
Merimbun kan pokok pandan ni? Saya jarang keluar jalan2 kat belakang rumah - satu hari tu bila buka tingkap bilik adik tengok2 dah merimbun - terkejut, rasa cepat aje pokok ni membesar. Jarang masak menggunakan daun pandan ini - cuma setiap seminggu & dua minggu sekali saya akan ambil daun pandan ini hiris halus2 letak dalam rumah & bilik. Memang wangi - anak2 pun suka.

6) Pokok Pisang
Tak ingat pisang apa - beli kat MAHA 2008 - setakat ni tak pernah berjasa lagi pada tuan rumah - nak ambil daun untuk bakar ikan pun belum lepas lagi - rasanya masih belum bersedia lagi.

Selain pokok2 yang di nyatakan di atas, ada pokok daun limau purut, pokok limau kasturi (tinggal nyawa2 ikan) dan pokok limau nipis (rasanya dah good bye kot).

Sejak kami ambil keputusan untuk berpindah ke Kuantan - malas dah kami nak buat apa2 kat bahagian luar rumah. Mula tu macam2 nak buat, tetapi bila dah buat keputusan nak jual rumah ni, rasa tak berbaloi pulak. Bukan tak sayang rumah ni - bahagian luar rumah memang luas tetapi nak buat macamana kan?..

No comments: