Wednesday, May 5, 2010

minggu bersama ibu & mak ii







Semalam sibuk sangat tak sempat nak update blog. Semalam lepas hantar adik pergi sekolah terus singgah kedai beli nenas & kelapa parut. Balik rumah aje terus siap2kan bahan untuk masak lemak ketam nenas. Mula2 nak masak sambal tumis udang petai tapi ibu kata tak payah la pasal malas nak blender cili, ibu nak goreng aje udang & petai tu ngan bawang & cabai melaka. Cuma soun aje tak ada. Lepas siap2 kan bahan tu ibu mula masak. Bukan saya tak nak masak tapi takut nanti mak tak ada selera nak makan he..he..Saya memang tak ada kemahiran memasak. Mengaku dengan ikhlasnya. Lepas tu saya masak nasi & goreng ikan selar kuning dan rebus kacang botol untuk mak buat ulam. Saya kelam kabut sikit pagi tu pasal saya nak buat facial tengahari. Lepas ambil adik sekolah terus aje buat facial jadi saya nak siap2kan makan tengahari, balik facial pukul 2 jadi takut lambat pulak mak makan. Lagipun tak kan nak biar ibu sorang2 kat dapur.

Seperti biasa sebelum pergi facial tu kena siap2 kan umpan untuk dia, saya beli air kotak, keropok & gula2. Kali ini dia buat perangai sungguh masa saya buat facial. Keja2 lari keluar bilik , selalunya dia akan duduk aje dekat saya tapi kali ni ddia duduk tak diam betul, mungkin tahap keboringan dia sudah melambung tinggi he..he.. Kali ni facial tak sampai 2 jam pasal keadaan kulit muka saya yang makin baik. Lagi 4 kali untuk habiskan pakej yang saya ambil. Sejak pakai produk baru ini saya rasa kulit muka saya alami perubahan, tak ketara sangat tapi memadai la. Selama ini kulit saya tak ada masalah serius sangat cuma kelihatan kusam & ada banyak white head. Alhamdulilah sekarang masalah tu dah kurang sekarang.

Hari ini anak2 pergi fardhu ain, rasa letih sangat hari ini. Sampai rumah lepas buat facial tu pukul 2, rehat jap, pukul 3 keluar rumah ambil awatif, 3.30 sampai rumah rehat kejap, pukul 4 keluar balik hantar anak2 pergi fardhu ain. Pukul 5.50 call Mr Hubby tanya balik pukul berapa, kalau balik awal minta tolong ambil anak2, anak2 balik pukul 6. Mujur Mr Hubby balik awal hari ini, sebelum balik rumah tu terus ambil anak2 dulu.

Lepas Maghrib, hantar awatif pergi tution, lepas tu terus pergi kedai cari hadiah untuk Muqri, hari sabtu ni birthday party dia. Aisy sibuk nak carikan hadiah untuk Muqri, dia kata Muqri tak suka senapang tapi suka motor. Lepas selesai semua balik rumah.

Gambar di atas diambil semasa mak makan malam & ibu teman mak. Saya & ibu sekarang tak makan malam, nak jaga badan la katakan.

No comments: