Sunday, May 16, 2010

hari yang relax






(ini la rupanya wet kitchen selepas di operasikan hampir 30minit)
(ais cream Malaysia 3 perisa)

Hari ini agak relax sikit pasal suami cuti. Kalau suami cuti bukan kata anak2 aje suka, saya pun sama. Bukannya apa, saya boleh rehat lebih sikit. Macam hari ini, suami yang uruskan Awatif, saya cuma sediakan baju & sikat rambut dia aje, yang lain2 tu suami yang buatkan. Lepas hantar Awatif ke sekolah, giliran adik pulak. Pagi ini saya & suami berperang ngan adik selama hampir 20 minit - kenapa?, seperti biasa la, dia tak mahu pergi sekolah, mula2 suami yang pujuk (saya tengah tidur lagi masa tu), dari pujukan ngan kata2 manis sampaila tali pinggang kat tangan, dia tetap tak mahu bangun, lepas tu saya pulak, kalau dua2 orang marah, nanti dia lagi protes, saya pujuk lembut2, cakap2 macam kat dia, dia tak mahu jugak. Last2 suami angkat dia secara paksa, buka baju masuk kan dia dalam bilik air. Sambil nangis, adik "nak umi, nak umi". Selalunya saya yang garang tapi hari ini suami yang lebih. Suami geram sangat ngan dia, bayar yuran mahal2,tapi selalu ponteng. Kalau dah boleh baca & mengira, nak ponteng boleh la dimaafkan jugak ini baca pun belum boleh lagi tambahkan nak mengira. Tak tahu nak buat macamana ngan dia ni.

Lewat hari ini, pukul 9.30 pg baru sampai sekolah. Suami hantarkan dia ke atas, kebetulan berjumpa ngan Pengetua. Di maklumkan dia agak lemah dalam penulisan. Kadang2 dia tulis ok, kadang2 tak. Dalam kereta berbincang ngan suami, macamana nak buat dengan adik ni. Dia tak ada kesungguhan & minat untuk belajar. Macam2 buku saya belikan untuk dia tetapi satu pun dia tak usik. Bukan kata saya & suami tak mencuba untuk ajar dia tetapi memang dia tak nak. Macam2 cara dah kami buat, kami susah hati jugak memandangkan tahun depan dia akan masuk darjah 1.

Sampai rumah, saya sambung tidur manakala suami duduk depan komputer (sambil basuh & sidai baju - kerja sukarela suami, terima banyak abang). Bila dah pukul 11.30pg baru saya tersedar, kelam kabut keluar nak ambil adik, suami tak perasan dah pukul 11 lebih. Lepas ambil adik, singgah kedai beli sup tulang untuk makan tengahari & singgah kedai runcit beli ubat & berus gigi adik, esok Klinik Pergigian nak datang sekolah adik untuk buat pemeriksaan gigi budak2. Ubat gigi yang ada kat rumah dah hampir habis. Adik tak boleh lagi nak guna ubat gigi dewasa, dia tak tahan pedas.

Hari ini hujan lebat dari petang ke malam (setelah berminggu2 tak hujan). Rasa sejuk sikit tetapi masih rasa bahang. Duduk lama2 kat dapur tadi berpeluh2. Menu makan malam hari ini, saya masak roti canai segera 2 keping, (satu Awatif, satu saya share ngan adik). Pas tu goreng ayam (Awatif makan ngan nasi). Suami makan maggie (masak sendiri). Lepas tu saya buat ais cream Malaysia perisa bandung, asam boi & sirap. Dah lama janji ngan anak2 nak buat tetapi asyik tertangguh aje kerana malas.

Sepanjang petang ke malam, saya bukakan video untuk anak2, tengok konsert akhir tahun sekolah Awatif masa dia umur 5 & 6 tahun, masa Adik 2 tahun lebih, masa pergi bercuti di Melaka 2006 (tahun tu pergi 2 kali), masa Awatif kena jahit di kaki kerana terpijak cover vcd, masa nak pindah rumah dari Kerteh ke Kuantan, rumah kat Kerteh & Kuantan. Awatif tengok adik masa umur 2 tahun lebih, jerit "hei, comelnya adik, nak adik kecil balik macam tu". Adik senyum kambing aje bila kakak dok puji dia comel. Ha..ha.. Hari tu dah tengok tapi tak puas.

Walaupun masak simple2 aje tetapi saya habiskan 30 minit untuk mengemas dapur. Berpeluh2 saya dibuatnya. Masa buat ais cream tu Awatif tolong sekali, sambil tolong sambil menambahkan kerja saya lagi (habis tumpah). Di tambah ngan adik yang kejap2 masuk keluar dapur ambil air, ambil biskut & macam2 la yang dia buat. Suami pulak masa tu tengah masak maggie. Penuh dapur malam ni sekejap.

No comments: