Monday, May 10, 2010

hari yang biasa














Hari ini keadaan saya lebih baik dari semalam. Rutin hidup saya berterusan seperti kebiasaannya, bermula dari seawal 6.30 pagi, saya kejutkan awatif yang sejak akhir2 ini sungguh rajin bangun awal semata-mata untuk menunaikan sembahyang subuh. Kalau saya atau Mr Hubby tak kejutkan dia awal, dia akan mengamuk sepanjang hari. Nampaknya keputusan untuk menghantar dia ke sekolah agama tidak sia2. Memang nampak perubahan dia dari segi keagamaan tetapi satu yang saya & Mr Hubby tak tahan ialah dia suka benar meninggikan suaranya pada kami bilamana ada apa2 yang dia tak setuju. Bab tu kami kena kaji lagi apa puncanya. Tapi kalau bab sembahyang kalau berada di rumah dia tidak akan meninggalkan solat 5 waktu tanpa sebab tapi kalau berada di KL, dia agak liat, mungkin kerana terlalu leka bermain.

Saya tidak masak apa2 hari, petang tadi saya ada keluarkan udang & sotong dari peti ais tetapi rasa malas masih menguasai badan & pemikiran saya. Bila Mr Hubby cal tanya saya masak apa2 tak hari ini, dengan pantas saya "sayang tak larat la nak masak hari ini, awatif kata nak makan pizza malam ni" itulah alasan saya, lagipun memang benar awatif nak makan pizza dari semalam.

Lepas hantar anak2 pergi fardhu ain, saya banyak menghabiskan masa di depan komputer. Bila dah rasa pening kepala baru saya berhenti. Sejak tak bekerja ni saya tak boleh nak tenung komputer lama2 kerana saya akan pening kepala. Dulu dari pagi sampai malam pun boleh tapi sekarang ni tak boleh, tak tahu sebab apa, mungkin kerana saya dah makin tua?

Mr Hubby balik awal hari ini jadi sebelum balik rumah dia ambil anak2 dari kelas fardhu ain. Saya pulak sambil tengok tv terlelap kejap. Rasanya tak sampai 5 minit kerana tiba2 dengar suara bising anak2 di luar.

Lepas maghrib kami keluar rumah, sebelum tu adik dah pesan banyak kali supaya janji yang saya buat pagi tadi ditunaikan. Pagi tadi dia mengamuk tak mahu pergi sekolah, alasan basi nya - adik ngantuk. Saya janji nak belikan dia "senapang gemuk" - dengar saja janji saya baru dia nampak bersemangat nak pergi sekolah. Salahkan tindakan saya ini? Bagaimana caranya nak buat dia suka pergi sekolah tanpa ada apa2 janji?

Lepas makan pizza, seperti yang dijanjikan kami singgah "Pasaraya Ku" untuk beli senapang gemuk. Sampai aje kat kedai tu, dia jadi rambang mata, tak tahu mana yang nak dipilih. Akhirnya dia pilih satu set mainan Bob the Builder. Tapi senapang gemuk tu saya ambil jugak kerana dah memang tahu perangai buruknya. Kalau saya tak ambil senapang gemuk tu dia akan tuntut lagi esok, lusa , tulat, walalupun dia dah ambil mainan lain. Perangai dia sudah saya faham sangat.

Sampai rumah saya cal kakak, rupanya keadaan kakak agak teruk, di tahan di wad kecemasan di Hospital Angkatan Tentera kerana di syaki demam denggi. Demam kakak masih tak baik dari hari sabtu lepas. Dari semalam kakak asyik muntah tanpa makan apa2. Tadi kakak di masukkan air sebanyak 2 botol. Kesian kakak, kalau dekat boleh saya tengok, tapi apakan daya, terpaksa mencari rezeki di tempat orang. Mudahan kakak cepat sembuh.

No comments: