Sunday, May 9, 2010

hari ibu yang hambar

Hari ini seharian saya habiskan masa dengan tidur. Lepas kejutkan awatif bangun saya sediakan baju sekolah dia dan sambung tidur. Sedar2 dia dah siap dan kejutkan saya untuk salam & cium saya. Saya dah ajar dia sejak dia umur 5 tahun lagi supaya setiap kali keluar rumah mesti salam & cium saya & Mr Hubby. Alhamdulilah, sudah jadi kemestian untuk dia buat begitu sampai sekarang. Si adik pulak walaupun dah ajar berkali-kali, em...jangan harap la dia nak salam kalau tak disuruh setiap hari, setiap kali nak keluar pergi sekolah. Kelakarnya, saya nak cium pun dia tak bagi, alasannya nanti lipstik kena pipi dia. He..he.. beza betul anak lelaki ngan anak perempuan kan?

Hari in Mr Hubby cuti jadi dia la yang uruskan anak2 hari ini. Setelah hantar awatif pergi sekolah, dia uruskan si adik pulak. Saya yang tidur tak sedar langsung bila si adik pergi sekolah, sedar2 Mr Hubby dok hadap komputer. Adakah kerana hari ini "Hari Ibu" maka saya jadi malas atau sememangnya saya amat malas hari ini tanpa sebab. Saya bangun tidur pukul 11pagi walaupun sebelum tu dah bangun tapi sambung tidur balik kerana Mr Hubby tak komen apa2 pun. Pelik? tak ada yang peliknya kerana itulah suami saya yang amat sporting. Sejak saya kahwini dia selama 10 tahun yang lalu itulah sikapnya (walaupun kadang2 ada juga perang dingin). Sikapnya yang bertolak ansurlah yang memikat hati saya secara perlahan-lahan kerana perkahwinan kami bukan dibina atas dasar cinta. Awal2 perkahwinan memang menguji hati & perasaan saya. Bagaimana saya nak hidup bersama orang yang saya tak cintai malah tak kenal? Itu bukan diri saya yang sebenarnya, malah keputusan untuk berkahwin dengan dia adalah kerana mengikut kata ibu & emak. Tak mahu menjadi anak yang derhaka maka saya mengikut saja? Tidak....bukan itu tapi sebelum ini saya pernah merasai betapa manisnya bercinta & betapa pahitnya bila cinta bertukar benci. Saya tak mahu lagi melalui pengalaman itu, maka bila saya ambil keputusan untuk mengikut kata ibu & mak, saya rasa itulah yang terbaik buat saya. Sehingga hari ini saya bersyukur saya membuat keputusan yang betul. Mak Uda juga memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan saya, selain ibu & mak, mak uda banyak bagi kata2 dorongan & perangsang.
Moga rumahtangga yang dibina ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa. Untuk suami, terima kasih abang kerana memahami sayang & sanggup bertahan dengan perangai & kerenah sayang, mudahan kebahagiaan kita ini akan kekal berpanjangan....

Bangun tidur terus mandi & bersiap untuk ambil adik balik sekolah. Lepas ambil adik terus singgah kedai beli pedang bubble seperti yang dijanjikan semalam. Satu untuk kakak, satu untuk adik. Lepas tu singgah A&W beli burger (tiba2 aje teringin nak makan) dan beli nasi kukus ayam berempah.

Makan sambil tengok Melodi. Habis makan masuk bilik tengok tv - HBo. tak sampai 10minit terlena, ngantuk sungguh saya hari ini. Saya tidur sampai la Mr Hubby ambil awatif balik sekolah pukul 3.30 ptg. Bangun kejap buka facebook & baca paper, lepas tu tertidur balik. Mr Hubby cuma tegur saya supaya solat dulu.

Lepas tengok drama Korea 303, saya rasa lapar. Ajak suami keluar, teringin nak makan pizza tetapi malas pulak nak keluar jauh2, awatif pula dok ngadu lapar & ngantuk. Kalau makan pizza ambil masa yang banyak, jadi saya ambil keputusan makan kat restoran depan rumah aje. Saya makan bihun rebus (saya hanya sempat makan 5-6 mulut aje, adik yang makan), awatif makan nasi goreng pattaya, Mr Hubby nasi goreng biasa.

Balik rumah, tengok berselerak kat depan tv ngan perkakas sekolah anak2, saya"kemas balik, umi penat2 ni nanti teruk umi pukul" selamba saya cakap macamtu padahal saya bukan penat buat kerja apa2 pun hari ini, penat tidur je he..he..

Sebenarnya saya memang tak ada mood hari ini, fizikal & mental rasa tak bermaya sangat. Tak ada mood langsung nak raikan Hari Ibu. Mungkin kerana mood KL masih menguasai pemikiran & hati saya. Bila awatif berikan kad sempena Hari Ibu hati saya rasa terusik tetapi masih tiada mood nak raikan. Adik pulak, ini yang kelakar saya rasa, dia sibuk warnakan kad, memang terpampang kat situ Mothers Day (buat kat sekolah tapi tak siap warnakan aje). Saya tanya "untuk umi ke adik kad tu?" adik "adik malas nak buat kat umi, adik nak bagi walid je"....he..he..sejak akhir2 ni memang saya banyak "berperang" ngan dia, itu yang dia adakan mogok dengan saya. Susah sungguh nak melayan dia, tak tahu macamana nak kawal mulut & sikap dia. Ada saja jawapan dia. Dia selalu sebut the "B" word, B*D*H, B*B*, selalu saya kata kat dia nanti saya nak cilikan mulut dia, nak tahu apa dia jawab "cililah, adik tak kisah, nanti adik boleh minum air banyak2". Saya nekad, suatu hari nanti mesti kena cilikan juga mulut dia pasal depan2 orang ramai pun dia boleh sebut perkataan tu dan yang paling geram tu dia tambah UMI @ WALID kat depan ayat tu, itu la yang tak tahan sangat2.

Saya tak ada hati nak bersuara apa2 kat Mr HUbby pasal sambutan Hari Ibu ni. Tapi jangan salah sangka kerana walaupun tak bersuara di mulut tetapi dalam hati saya sudah ada list apa yang saya nak untuk hadiah & apa yang saya nak makan (suami tak pandai nak berikan kejutan macam AF tu, sepanjang perkahwinan kalau nak apa, saya cuma minta aje). Bila saya sudah ceria macam biasa, pasti saya akan luahkan pada Mr Hubby, mungkin esok & lusa. Tak pasti tetapi buat masa ini biarlah saya melayan hati & perasaan saya....

Untuk Ibu, saya cal ibu tadi, ibu kat rumah Nyah,tak sempat cakap apa2 kerana kat sana hujan lebat dengan kilat, ibu takut nak cakap lama2. Saya sudah berikan hadiah awal pada ibu iaitu hadiahkan ibu dengan rawatan muka masa ibu datang rumah saya minggu lepas. Ada lagi satu hadiah yang belum di beri, kena bincang dengan kakak dulu. Untuk ibu, Selamat hari Ibu, ibu yang paling sayang perlu dalam hidup ini....I Love You....

No comments: