Monday, May 10, 2010

Hajah Saodah Family Day

Sebelum saya memanjangkan lagi isu ini saya dengan berbesar hati menerima perlantikan saya sebagai Bendahari bagi tabung HSFD ini. Bukan kerana saya tak ada kerja seperti yang BIDADARINDU katakan tetapi saya bersetuju atas dasar kasih sayang. Jiwang? saya mengaku itulah saya, jiwa saya yang penuh dengan perasaan.

Dalam perjalanan balik ke Kemaman sabtu lepas baru saya ada kesempatan berbincang dengan Mr Hubby pasal perlantikan saya sebagai Bendahari untuk HSFD ini. Mulanya Mr Hubby kurang setuju kerana kedudukan saya yang jauh, bila saya suarakan yang saya dipilih atas dasar saya ini tak ada kerja, maka Mr Hubby berkata " Yan, Maksu pun tak kerja jugak, sayang kan duduk jauh, susah nanti nak communicate apa2 nanti". Tapi jangan risau, masalah dah selesai, saya dah pujuk Mr Hubby dengan kata2 yang paling manis. Mr Hubby cadangkan bank in menggunakan akaun BSN dia memandangkan semua akaun bank saya telah luput. Semasa era kegemilangan saya sebagai Secretary, saya ada 5 jenis akaun di pelbagai bank tetapi sejak mendirikan rumahtangga 10 tahun yang lalu, jawatan yang dipegang sebagai "Surirumahtangga sepenuh masa" tidak memerlukan saya mempunyai bank akaun. Hanya sekadar buka akaun Tabung Haji sahaja. Tetapi jangan silap dengan mengandaikan saya tiada simpanan, saya ada menyimpan tetapi hanya sedikit. Saya amat berbangga bila duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja saya ada mencecah puluhan ribu ringgit (bukanlah banyak mana pun saja nak sedapkan ayat saya tu he..he..). Duit itu dikumpul semasa saya berkerja dahulu. Saya selalu katakan pada diri sendiri apabila cukup umur 5o tahun nanti saya akan belanjakan duit itu untuk diri sendiri sahaja. Mungkin kah? Itu jangka masa panjang lagi, entah masih ada umur atau tidak.

Kembali pada bab penting - Hajah Saodah Famliy Day (HSFD) akan dibuat pada 18 hb - 20hb Disember 2010 di A Famosa Resort Melaka. Kos yang dipersetujui bagi setiap family ialah sebanyak rm700.00. Asalnya rm250 aje, kemudian ditambah rm300, baru2 ini menjadi rm500 dan rm700 dibuat pada meeting sabtu yang lalu dimana saya tak dapat hadiri kerana sudah dalam perjalanan balik ke Kemaman.

RM700, bila disebut pertama kali oleh ibu, dengar macam banyak, tetapi bila dikira dari segi kos banglo, makan, berbaloikah? Bagi anak yang ramai mungkin berbaloi tetapi bagaimana dengan family seperti saya? Jangan salah faham dengan kenyataan saya ini, saya & Mr Hubby telah berbincang - keputusannya kami tidak kisah dengan jumlah kos itu kerana nama pun Family Day, jadi apa salahnya berkongsi bersama2 demi orang tersayang. Yang mana anak sikit tu boleh la tampung anak yang ramai. Jangan la berkira duit ringgit demi habiskan masa bersama dengan keluarga yang tercinta.

Saya harap keluarga yang lain juga mempunyai permikiran seperti saya, tak kiralah anak sikit atau anak ramai kos tetap sama rm700-00. Bila kita bercuti nanti, gelak ketawa, usik mengusik pasti menjadi kenangan paling manis dalam hidup kita nanti. Lupakan tentang duit & perasaan dengki kerana itu hanya akan menjadi penghalang bagi kita sekeluarga untuk bergembira. Nikmati saat itu kerana yang penting Mak ada bersama kita. Tentu Mak akan bangga dengan kita semua kalau kita bergembira bersama2 tanpa ada perasaan dengki. Percayalah, Mak sudah tua, tentunya Mak nak tengok anak2 & cucu2 dapat berkumpul sama2. Apa salahnya kita gembirakan hati mak, ceriakan hidupnya sementara Allah memberikan peluang untuk dia bersama kita lagi.

Semalam Maksu memberikan cadangan supaya banglo aje share manakala makan ikan bakar dibayar mengikut family masing2. A Setuju B Tidak Setuju. Saya tidak jawab SMS Maksu semalam kerana nak berbincang dulu dengan ibu. Saya tak pasti macamana kalau ikan bakar dibayar asing2 kerana susah nak bahagikan bila ramai orang yang makan. Hal ini kena bincang dengan pakar yang arif seperti ibu saya. he..he..BIDADARINDU selaku president patut usulkan perkara ini pada ibu saya memandangkan ibu saya berada di Sg Merap sekarang.

Saya akan mula keluarkan surat untuk maklumkan pada hujung bulan ini saya akan mulakan kutipan sebulan rm100, jadi bila bulan 12 nanti tak la terasa sangat nak keluarkan rm700 secara pukal. Saya akan sertakan bank akaun BSN nanti, harap mak saudara2 & sepupu2 memberikan kerjasama yang baik pada saya selaku Bendahari yang dilantik oleh president iaitu Encik Saiful yang juga tuan punya blog BIDADARINDU.

Kata akhir saya dipenghujung n3 ini, marilah kita sama2 menjayakan family day ini dengan hati yang bersih, paling penting niat kita ialah untuk gembirakan mak. Saya faham bila dah ramai2 berkumpul pasti ada yang tak kena nanti, tapi harap dijauhi la perkara2 yang tak elok. Bersihkan hati, damaikan jiwa, pasti family day menjadi ingatan....bila dah berjaya nanti mungkin boleh kita jadikan acara tahunan....InsyaAllah.....

No comments: