Saturday, May 22, 2010

waffle ais cream






(gambar saya tak ada pasal lepas adik tumpahkan air milo - dah tak ada mood nak bergambar - habis seluar dia basah - terpaksa tukar tempat - geram betul)
Semalam anak2 cuti - sepanjang hari duduk di rumah. Malas nak kemana2 lagipun bermula Ahad ini Awatif ada peperiksaan pertengahan tahun. Susah pulak kali ini nak suruh dia belajar - asyik tengok tv aje. Petangnya saya masak gulai daging atas permintaan suami.

Hari ini saya tak payah masak kerana gulai daging semalam masih banyak. Tengahari pulak saya ada facial. Lepas facial balik rumah tidur - semalam saya bergossip dengan uda sampai pukul 2 pagi - lepas tu tak boleh nak tidur - dalam pukul 4-5 pagi baru boleh lelapkan mata. Bila bangun pagi tadi rasa berpusing kepala. Anak2 pulak pukul 7 pagi dah bangun. Geram betul - nak tidur lena - tak boleh - anak2 bising.

Petang kami sekeluarga keluar makan di A&W. Tiba2 saya teringin makan waffle ais cream. Hari sabtu & ahad saya longgarkan sikit peraturan saya - peraturan apa? - peraturan MAKAN - he..he... nak diet la katakan - saya rasa macam dah kurus sikit tetapi bila tengok cermin macam tak berubah aje - alahai! geramnya..

Plan nak pergi Kerteh hari ini - cancel - malas pulak nak pergi - Awatif pulak banyak benda tak study lagi - mungkin esok lepas ambil Adik sekolah terus pergi.

No comments: