Sunday, May 30, 2010

diet



Sejak saya mulakan diet dua-tiga minggu kebelakangan ini, ini lah merupakan makanan saya bila rasa lapar. Semua buah di atas adalah buah favourite saya. Buah duku, mata kucing, laici, limau & manggis (dah abis tadi berebut ngan Awatif). Tetapi jangan ingat saya tak makan nasi - saya makan juga, coklat & ais cream pun saya ambil jugak tetapi lepas tu saya buat2 la hairan kenapa saya tak kurus2 lagi..he..he..suami kata pasal saya tak exercise, memang pun, saya malas.

Lagi satu saya dok marah kat diri sendiri pasal apa diet teruk2 tapi tak nampak perubahan pun, perut dok buncit macam tu jugak - macamana nak nampak perubahan kalau dok minum ais, air gas & air manis. Air kosong satu hari secawan pun susah nak minum. Habis macamana? Sendiri punya buat sendiri nak marah he..he..Ibu dok pesan jangan minum ais nanti urat2 perut mengembang - yang mana dok larang tu yang nak sangat buatkan? Memang degil pun.

No comments: