Friday, May 14, 2010

cerita hari ini

Hari ini anak2 cuti, lepas Mr Hubby keluar pergi kerja, saya sambung tidur (pukul 3pagi elektrik tak ada, tak tidur saya kerana panas, anak2 pun mula merungut, Aisy dok menjerit "umi, buka la aircond"). Dalam pukul 7 pagi baru lah elektrik ada balik. Anak2 bangun awal hari ini kerana tak boleh nak tidur kerana panas, saya suruh sambung tidur balik tapi anak2 tak mahu. Memang susah nak suruh anak2 tidur, walaupun cuti sekolah, mereka akan bangun awal. (tak macam anak2 di wardieburn tu).

Saya tidur tetapi kejap2 terjaga, anak2 buat bising, kejap2 gaduh, pastu buka tv bukan main kuat, kejap2 nangis, kejap gelak kuat & macam2 la dengar suara anak2. Dalam hati saya "nak tidur pun tak senang". Saya dah terjaga bila ibu cal. Nak bangun rasa malas tapi terpaksa bangun jugak bila Awatif mengadu lapar. Saya suruh anak2 mandi & siap2 untuk keluar beli makanan. Awatif nak makan ayam goreng ngan nasi, dalam peti ais tak ada ayam cuma ada ikan yang saya beli banyak masa ibu & mak datang tempohari. Sejak balik dari KL, saya langsung tak masak. Anak2 tak berapa suka makan ikan, tambah2 Awatif. Dia suka sangat ayam, tiap2 hari makan ayam pun tak apa. Dia makan nasi putih ngan ayam goreng aje, tak ada kuah & tak ada kicap.

Saya & anak2 keluar rumah dalam pukul 12 tengahari, mula2 singgah kedai runcit beli plastik ais krim Malaysia (anak2 minta buat dah lama tapi bila pergi kedai asyik lupa aje), pastu baru pergi beli nasi putih sebungkus dengan ayam goreng 2 ketul. Nak balik tu singgah beli air nenas & air tembikai & jambu Pak Ucu. Dah jadi ketagih, tiap2 hari mesti nak kena beli.

Lepas anak2 makan, saya buka video masa birthday Muqri hari tu, sepanjang hari ini tengok video aje, lepas satu, satu. Tengok masa Konsert sekolah Awatif masa dia umur 5 tahun, tengok video masa pergi Melaka, raya tahun 2006 & 2007.

Petang ibu cal bagitahu Cinta Humairah jatuh katil, terkejut betul, saya terus cal Nyah, Muqri yang angkat, pastu cakap ngan Nyah, masa tu dia tengah tidur, Nyah sembahyang, Yan ada kat atas, dia dah boleh menyulur jadi agaknya bila dia bangun terus dia menyulur sampai jatuh katil. Kesian dia, teringat betul kat dia. Yan dah bawa pergi Klinik, doktor kata dia tak ada apa2, kalau dalam tempoh 24jam dia muntah, bawa pergi Klinik lagi sekali. Tapi tengok dari keadaannya, Doktor kata dia ok. Aisy pun pernah jatuh katil masa dia umur 2 tahun. Dia jatuh tersembam muka kat tepi meja, mulut dia luka & masa saya angkat dia darah banyak sangat sampai baju saya pun penuh darah. Terus saya bawa pergi Klinik, mujur lukanya tak serius & tak perlu dijahit. Saya masih ingat Nurse tu pesan lain kali kena hati2 sikit, lebih baik kita tidurkan anak2 kat bawah. Iyalah, saya mana nak sangka, selalunya ok aje. Mudahan Cinta Humairah sihat ya supaya nanti Umi Su boleh cubit dia. Gemukkan sikit badan tu & pipi tu kena tembamkan lagi supaya sedap lagi Umi Su nak cium & gigit. Rindunya kat dia...

Tiba2 bila petang mood rajin saya datang sekejap. Saya gosok baju sekolah & fardu ain anak2 selama seminggu. Lepas tu saya kemas rumah sikit2. Kerja rumah ni tak pernah habis, arini kemas, esok nak kena kemas lagi. Semalam dah lipat baju & susun baju dalam almari, hari ini kena buat lagi. Memang tak akan habis. Macam kat dapur, walaupun saya tak masak tapi tiap2 hari kena kemas dapur. Tiap2 hari kena basuh pinggan. Anak2 suka sangat sepahkan dapur. Kalau ambil air tu, habis tumpah kat lantai, tambah2 si Aisy tu. Bila tanya dia tak pernahnya nak mengaku. Si Kakak pulak suka memandai2, buat air milo sendiri, buat air nenas sendiri. Lepas tu mula la penuh semut2 kecil tu pasal susu & gula habis berterabur. Tapi dia dah besar jadi boleh minta dia tolong kemas. Memang boleh di harapkan.

Makan malam ini nasi goreng pattaya. Anak2 & Mr Hubby aje yang makan, saya diet..Agak2 boleh tak saya kurangkan berat badan lagi 4kg?

No comments: