Tuesday, May 11, 2010

cerita awal pagi selasa

Pening kepala betul dengan perangai anak lelaki seorang ini. Pukul 7.40pg saya dah mandi & siap2 untuk hantar dia pergi sekolah. Mula2 kejutkan dia, dia kata dia ngantuk sangat, time tu pun awal lagi jadi saya kata kat dia "adik tidur lagi 10minit, nanti umi kejutkan". Bila dah pukul 8pg saya kejutkan dia, dia punya mengamuk la tak mau bangung & pergi sekolah. Puas dah saya pujuk & macam2 umpan saya beri tapi dia tetap tak mahu ubah keputusan dia. Alasannya "adik takut kena marah dengan cikgu, adik malas nak buat kerja, adik malas nak buat matematik, adik malas nak buat BM" dan yang tak logiknya dia boleh kata "umi tahu tak semalam adik macamana? adik semalam tak boleh tidur tau, umi bukan tahu pun" entah la, saya rasa semalam dia tidur nyenyak aje pasal semalam saya pukul 3pagi baru tidur kerana tiba2 aje mata ni tak mahu lelap padahal siang tu saya tak tidur. Sebelum saya nak tidur sudah menjadi kebiasaan saya untuk cium anak2, dan waktu saya cium dia tu elok aje dia lena. He..he.. Alasan baru ni dia bagi. Bila la dia dapat idea macam gitu, agak2 masa tidur semalam dapat mimpi kot...

Saya cal Mr HUbby bagitahu perangai anak dia tu, Mr Hubby suruh saya pergi juga sekolah walaupun lambat untuk bercakap dengan cikgu dia apa masalah dia tak mahu pergi sekolah. Masalahnya sekarang dia nak mandi pun tak mahu. Saya boleh tahu peel perangai dia, kalau setakat ngamuk sikit2 macam semalam tu saya boleh jugak umpankan dia tetapi pagi ini memang out, tak boleh nak pujuk macamana pun, dah tak jalan.

Saya rasa dia tak mahu pergi sekolah pasal dia ketinggalan banyak pelajaran. Kawan2 sekelas dia yang lain sudah pandai baca & dalam matematik pulak dah pandai campur & tolak, manakala dia pulak baru dia ajar campur dalam minggu lepas. Membaca pun tak boleh lagi kecuali perkataan dua suku kata macam Pa, Ma, La, adoi...susah hati betul la dengan anak teruna ni sorang...

Saya ada hantar dia tution tetapi masalahnya tution tu hanya seminggu sekali, adik tak boleh nak ikut, saya rasa dengan keadaan dia yang lemah patut di ajar setiap hari walaupun setakat 30-40 minit. Bukan saya & Mr HUbby tak mahu ajar dia tetapi tak boleh. Dia langsung tak berminat nak belajar kalau saya & suami yang ajar. Sungguh, saya dah tak tahu lagi macamana nak buat, kalau suami tahu saya tulis macam gini, dia mesti marah kerana dia selalu cakap jangan putus asa dengan anak2.Saya bukan putus asa dengan dia cuma dalam kepala ini dah kehabisan idea untuk buat dia tertarik untuk belajar.

Lepas nampak saya salin baju pakai uniform "housewife" iaitu kain batik & tshirt baru dia ok, elok pulak tu, tiba2 aje dia minta makan, dia kata dia lapar. Tak ke macam nak pelempang aje dia kan? Nampak macam kecil aje dia di mata saya sekarang nie..Sabar aje la wahai umi....

Saya ada appointment facial tengahari ni, rasanya malas pulak nak pergi pasal adik pun tak pergi sekolah hari ini. Nanti kena ingatkan diri saya untuk cal tukar ke hari lain, maklum la saya ni mudah lupa sekarang ni.

Dengar dari pengerusi, HSFD belum dapat apa2 kata putus lagi, buat masa sekarang banyak cadangan yang diterima & perlu dipertimbangkan & dibincangkan dengan lebih mendalam oleh pengerusi & ahli2 lembaga pengarah yang di ketuai oleh Puan Roseni. Betul ke? He..he.. ibu jangan marah ya...

Selaku bendahari saya memang tak ada masalah untuk ikut arahan, cuma saya minta dalam membuat keputusan tu kena lah adil untuk semua pihak. Jangan ada perasaan yang tak elok sudah la.

No comments: