Tuesday, May 11, 2010

cerita aisy lagi





1.muka orang bersalah main sorang2.
2.(baju2 kerja saya yang dibasuh tangan disidai dalam bilik air)

Tak sabar2 nak cerita dalam blog ni pasal si adik tu, biar umi wani, umi mira, umi fiqah, papa & wan uda tahu walaupun dalam pelajaran agak lemah tapi pasal bab putar alam ni memang pandai he..he...

Sejak pagi tadi saya lancarkan perang ngan dia, geram pasal dia tak mahu pergi sekolah. Dia cakap apa pun saya tak layan aje. Yang kelakarnya tu dia boleh cakap kat saya "KENAPA DENGAN UMI NI HARI INI" he..he.. pandai pulak dia buat lawak nak hiburkan hati saya. Dia cakap ngan serius tapi bunyinya amat kelakar.

Dari semalam saya bagitahu dia yang saya ada facial hari ini, nak tahu dia cakap apa tadi dengan saya "umi kan ada facial hari ini, ha, jom la kita pergi" ha..ha.. adoi, selalunya bukan main susah saya nak pujuk dia untuk temankan saya facial tetapi dek kerana nak ambik hati saya, dia boleh keluarkan kata2 yang "mencuit perasaan" saya..

Dia tahu dia salah, dia tak mengamuk langsung nak main game komputer pagi ini seperti selalunya, jadi bila saya dok hadap komputer ni lama2 pun dia tak kisah. He..he... nak pujuk umi la tu...

Sekarang ni dia tengah makan roti dengan peanut butter, semuanya dia ambil sendiri. Takut nak minta dengan saya kot pasal tadi dia minta susu saya "jangan nak ngada2, dah la tak pergi sekolah hari ini" Kesian pulak kat dia tengok makan roti tu dengan muka yang amat menyentuh perasaan. Macamana nak lancarkan perang lama2 nie......belum tengahari pun dah angkat bendera putih..Tak sampai hati tengok muka dia. he..he...

Bila dia tak pergi sekolah sempat jugak la saya basuh baju "kerja" saya selama seminggu. Baju2 tu semua basuh tangan. Bukan orang yang pergi office aje ada baju kerja, saya pun ada jugak, siap ngan tudung & kasut kerja lagi. Bukannya apa, saya kan selalu ambil & hantar anak sekolah, itu merupakan satu pekerjaan jugak. Takkan nak pakai tshirt & kain batik pergi ambil anak sekolah? Dulu2 saya yang paling selekah antara ibu2 yang ambil & hantar anak2, pakai tshirt & jeans dengan selipar aje. Tetapi sejak setahun dua ini penampilan saya sudah berubah. Bukan kerana mengikut orang tetapi demi keyakinan diri sendiri. Bangga rasanya berpakaian cantik2 bila keluar rumah. Tak la cantik sangat pun tapi nampak sempurna la sikit. Lagipun pandangan orang terhadap kita nampak lain bila kita berpakaian menarik. Percayalah, saya bercakap melalui pengalaman. Sudah 10 tahun saya jadi surirumahtangga sepenuh masa, saya sudah masak benar dengan kerenah orang2 sekeliling. Masa zaman2 kerja dulu pun ada juga gossip2 tetapi gossip2 orang tak berkerja ni lagi menakutkan saya.Sekarang ni saya lebih suka menghabiskan masa dirumah sahaja.

Setiap sebulan sekali saya akan beli baju baru, kalau ada yang berkenan, saya beli la lebih sikit. Semua tu baju "kerja" saya. Saya telah menurunkan petua saya ini kepada sepupu saya Yan, yang juga memulakan kerjayanya sejak minggu lepas. He..he.. Syabas Yan, jangan lupa pesanan Kak Sayang ni, kita kena jaga penampilan kita, tak kira la apa yang kita buat. Mulia perkerjaan kita ini, tak semua ibu2 bertuah macam kita.

Rasanya saya sempat kemas rumah lagi pagi ni sebelum ambil awatif pukul 3.30ptg nanti. Banyak kerja menanti - vakuum, mop, laundry & masak. Tang masak tu saya tak berapa pasti lagi. Bab masak la yang paling saya malas sekali.

No comments: