Saturday, May 8, 2010

birthday 5th party DANISH MUQRI











Khas buat Wan Uda, Umi Farah & Umi Ain yang tak dapat datang ke birthday party Muqri hari ini.

Kakak tiba2 demam, pening kepala & selsema. Demi anak2, kakak gagah juga bawa kereta
pergi ke rumah Nyah. Abang Li kerja pulak hari ini (sejak nak pencen ni sibuk ngalah Pak Menteri). Saya offerkan diri bawa kereta tapi kakak kata kakak ok sikit setelah makan panadol. Nak pergi klinik tetapi kakak kata petang nanti la. Bila sampai rumah Nyah, kakak terus tidur di atas sampai majlis tamat. Bila kakak turun, mak teh kata muka kakak nampak merah sangat, suruh bawa pergi klinik. Lepas kakak makan, saya suruh Mr Hubby bawa kakak & minta Fatin temankan pergi klinik. Saya tak boleh nak temankan kerana nak tengok anak2 yang macam tak ingat dunia bila main & berkumpul ramai2.

Sepatutnya majlis bermula pukul 11 pagi tetapi bila kami (saya sekeluarga, kakak & anak2, ibu & mak) sampai, persiapan akhir masih dibuat, manakala makanan pula masih belum masak. Mulanya kami (ibu, kakak & saya) nak buat puding jagung untuk di bawa ke majlis tetapi masa agak suntuk, nak buat bihun goreng pun tak ada bahan2 yang lengkap, akhirnya kami beli aiskrim aje 30 batang untuk dikongsi bersama budak2 di majlis itu nanti.

Menu utama majlis ialah Nasi Daging, sedap cuma tak ada air asam. Kalau ada tentu lagi sedap. Teringat pulak Nasi Daging yang selalu dimasak oleh pak saudara abang Li bila hari raya kedua kami semua ramai2 serbu rumah tok abang Li. Memang sedap tambah2 makan dalam talam. Satu talam, satu family. Agak2nya raya tahun ni ada tak? he..he..puasa pun belum dah teringat raya. Selain nasi daging ada buah-buahan, salad, sandwich & makanan ringan yang lain.

Majlis meriah dengan sanak saudara & jiran tetangga. Lepas doa, makan, tiup cup cakes (dulu2 mana la ada cup cakes ni, yg ada cuma kek biasa aje la) ada games untuk budak2. Pertama : cari sampul duit (setiap sampul ada rm1), aisy dapat 1 aje, awatif dapat 4, Kedua : kerusi berirama (alah, yg muzik start kena pusing satu bulatan kerusi, bila muzik stop kena cari kerusi, sapa tak dapat kerusi kena keluar) ironinya birthday boy yang first sekali keluar..he..he..awatif dapat tempat ke 2, Ketiga : tiup belon lepas tu duduk bagi belon pecah (yang ini aisy, robin & muqri tak main pasal masing2 penakut) Keempat : berdiri atas paper (tak tahu nak terangkan macamana tapi kena lipat paper kecil2, sapa yang boleh berdiri lama2 dia yang menang) yang ini Awatif dapat no. 1 ke 2 , tak ingat. Semua games ni di kelola oleh Fatin & Wani. Saya pulak tukang ambil videonya.

Pukul 4 Mr Hubby dah sound suruh siap2 nak balik. Anak2 mula tunjukkan emosi & perasaan tak mahu balik. Lepas mandikan anak2 (dengan susah payahnya) saya pun siap2. Mula2 Aisy, "adik tak mahu balik, adik nak balik esok", Lepas tu Awatif pulak "balik esok la umi" saya cakap "esok sekolah kan?" dia jawap " tak apala, ponteng sehari aje la" (selalunya kalau saya tak nak balik hari sabtu dia marah kerana hari ahad kena ponteng sekolah, tapi hari ini lain pulak). Papa pulak dok apikan anak2 supaya balik esok, dalam dok siap2 nak balik tu adik nak makan nasi pulak. Ha, idea dia untuk melambatkan la he..he..Papa dok kata kat dia, "adik makan lambat2 tau, nanti hujan lebat adik tak payah balik", dia ikut macam Papa ajar. Lambat aje dia makan. Awatif pulak cakap dia tak nak balik kat Balqish, nak tahu Balqish cakap apa "Awatif buat2 sakit perut"...he..he...idea mencurah2 tu tak mahu bagi kami balik. Masa nak bertolak dari rumah Nyah dah hujan sikit2, tambah dengan angin kuat & kilat, ibu & mak suruh cepat2 bertolak takut nanti hujan makin lebat, mujur dekat KL & sepanjang perjalanan saya ke Kemaman tak hujan langsung. Telefon ibu tapi ibu tak angkat (mungkin kerana suasana bising kat rumah Nyah, ibu tak dengar),masa nak keluar highway Jabor tu ibu cal, ibu bimbang takut hujan lebat.

Walaupun anak2 tunjuk perasaan kami tetap balik jugak. Ikutkan hati saya memang la tak mahu balik (umi ngan anak2 sama aje sebenarnya) tapi saya dah janji dengan Mr Hubby nak balik hari Sabtu pasal Mr Hubby dok ceramah kat saya anak2 asyik ponteng sekolah aje. Saya nak tunjukkan pada Mr Hubby saya pun pentingkan pendidikan anak2 jugak. Sepanjang jalan, anak2 menangis, kesian saya tengok tapi nak buat macamana, umi terpaksa. Kalau ikut hati umi, bukan nak balik esok tapi balik minggu depan tau..Awatif mogok, tak cakap dengan saya & Mr Hubby sambil meleleh air mata. Adik pulak biasalah, ngamuk sesungguh hati. Sambil menangis anak2 tertidur, dengan saya pun terlena sekali. Sedar2 kat Temerloh dah. Lepas pujuk anak2, baru anak2 ok dan buat macam biasa. Esok janji lepas sekolah belikan mainan. Janji dengan anak2 bulan 6 ni cuti sekolah 2 minggu duduk KL & kampung lama2.

Sampai rumah cal ibu lagi sekali tetapi ibu tak angkat, pastu dalam beberapa minit ibu cal balik. Bagitahu ibu dah sampai, ibu tanya anak2 dah tidur ke, masa tu anak2 tengok AF.

p/s : kalau saya pujuk jugak Mr Hubby balik esok, saya tahu Mr Hubby saya akan bagi lampu hijau tapi saya tak nak (ikut hati memang la nak).Khas untuk Papa Bidadarindu ni, pasal tahu nanti apa la dia akan tulis dlm blog dia tu...he..he..

No comments: