Sunday, May 2, 2010

bercuti di Kuantan

2 hari x bercerita dalam blog ni.

Hari Jumaat cuti hari Buruh - pagi sibuk packing baju dan kemas rumah. Lepas sembahyang Jumaat bertolak ke Kuantan, makan tengahari di Kuantan sambil tunggu Ibu, Mak & Kakak sekeluarga sampai. Lewat mereka sampai kerana lepas keluar highway, jalan jem. Memandangkan cuti 3 hari, jadi ramai orang yang ambil kesempatan untuk bercuti. Sampai aje town Kuantan, Kakak call. Janji jumpa di depan East Coast Mall, masa tu saya ada seberang jalan, masa yang sepatutnya sampai 2-3 minit menjadi 10-15 minit kerana banyak kereta.

Check in di Swiss Garden Hotel dalam pukul 5 petang. Cantik hotelnya, dan yang penting mak suka. Mula2 nak booking hotel di M.S Garden tapi Mr Hubby kata hotel tu betul2 tengah town, bising & crowded, kata nak bawa mak rehat, kalau di Swiss Garden tepi pantai, tempat pun selesa, sunyi & tenang, sesuai la untuk mak nak berehat. Betul jugak kata Mr Hubby tu, lepas bincang dengan Ibu & Kakak, terus setuju.

Kalau nak tidur di mana2 hotel, mak paling pentingkan kebersihan toilet, mak paling tak selesa kalau dapat toilet yang nampak buruk & kotor. Alhamdulilah, mak kata mak puas hati sangat dengan hotel Swiss Garden (SG), cantik & selesa. Mak nak datang lagi bila2 ada masa. Nampak mak seronok sangat & nampak mak sihat sikit. Saya & Kakak rasa lega dengan keadaan mak, ibu lagi la rasa seronok bila mak rasa seronok.

Petang tu mak rasa lapar, tapi tak mahu makan berat2 kerana malam tu nak makan ikan bakar petai yang famous tu (masa ibu pergi umrah aritu, tengok Warung Kita kat Astro Prima - Farouk jadi pengacara, nampak sedap sangat dia makan, janji dengan mak nak bawa mak pergi makan kat situ) jadi saya call room service order mee goreng mamak. Mak makan berselera jugak, tapi memandangkan malam tu nak makan ikan bakar mak tak mahu makan banyak2.

Lepas mak makan, saya & Kakak bawa anak2 turun bawah mandi swimming pool. Memang riuh la anak2, cara & gaya depa tu macam tak pernah tidur di hotel & mandi swimming pool (SP). Dalam lif saya dah pesan jangan dok nak menjerit "wah" bila sampai nanti, pasal saya dah tahu dah mesti depa akan menjerit. Kalau orang tengok mesti orang kata depa ni "jakun" & "perak". Sampai aje SP, depa punya seronok la cuma tak menjerit pasal dah pesan awal2 tadi, tapi lupa nak pesan jangan berlari2 pasal itulah yang depa buat. Cara depa buat macam tak pernah mandi SP,punyalah sakit hati.

Masa tengah mandi tu Mr Hubby pun datang join, tapi kejap aje, dia pesan jangan lambat sangat pasal kena keluar awal nak pergi makan ikan bakar, kena sembahyang maghrib kat sana. Restoran tu famous, ramai orang, kalau lambat nanti penuh. Jadi anak2 mandi lebih kurang setengah jam aje, itupun jenuh nak pujuk suruh naik, janji dengan depa esok pagi mandi lagi. Lepas naik bilik, siap2 terus keluar. Masa tu pukul 7ptg.

Sampai Tanjung Lumpur dalam pukul 7.30ptg, cari la ANA Restoran Ikan Bakar Petai, tapi tak jumpa. Sepanjang jalan tu penuh ngan restoran ikan bakar tapi tak tahu yang mana sedap. Tanjung Lumpur Kuantan memang famous dengan ikan bakar. Pusing2 jalan tak jumpa jugak. Call ibu tanya macamana kalau tak jumpa, ibu kata makan la kat mana2 restoran pun. Akhirnya Mr Hubby stop kat Kak Long Ikan Bakar, bila dah keluar kereta Mr Hubby macam tak puas hati pasal tak jumpa restoran Ana tu, kesian kat mak pasal dah janji nak makan kat situ. Mr Hubby tanya budak yang jual Prepaid kat seberang jalan, budak tu bagitahu restoran Ana tu ada kat dalam Kampung Tanjung Lumpur, masuk dalam & jauh sikit dari jalan besar tu. Kena patah balik kat jalan yang mula2 masuk tadi. Agak jauh jugak. Mr Hubby kata jom la kita pergi juga, alang2 dah sampai sini. Kami semua pun masuk kereta balik, mujur tak masuk lagi dalam restoran Kak Long tu. Yang kelakarnya ibu dok kata ibu rasa nama restoran tu Kak Long, saya kata kat ibu, masa tengok Farouk makan tu ibu ada kat Mekah. He..he..Ibu kata ibu tengok kat tempat lain la kot.

Sampai Restoran Ana tu dah pukul 8 lebih, orang punya ramai la, penuh. Dalam saya & Kakak cari tempat duduk, ibu dok lambai2 kat hujung, mujur ada tempat. Kami semua dalam 12 orang. Lepas dah ada tempat duduk, terus saya, Kakak & Ibu pergi pilih ikan. Kami ambil ikan merah, kerapu & pari untuk buat bakar petai, udang untuk goreng tepung, lala untuk masak serai, ketam untuk masam manis, tomyam seafood & kangkung goreng ikan masin. Air buah gelas besar punya..he..he..mak tengok pun terkejut.

Service lambat, tak pasti pasal ramai orang atau sistem depa tak betul. Mr Hubby kata kawan2 dia pun selalu komen service mmg out kat situ. Mula2 hantar Lala, pastu nasi, anak2 (sekali ngan anak kakak) dah bising lapar, jadi suruh anak2 makan dulu. Depa punya suka la lala tu sampai kami yang orang tua tak sempat nak makan. Lepas tu baru la ikan bakar, ketam & udang sampai. Memang nampak sedap, dalam hati kata habis la diet, macamana ni...berat badan dah turun sampai 50kg - harus la naik balik ni.

Bila sampai aje makanan semua tu kami pun semua apalagi - serbu la. He..he..Nak kata sedap sangat tu tak la jugak tapi boleh la. Tanya mak, macamana, ok tak? Mak kata ok la cuma mak tak suka air asam - manis mak kata. Dalam dok makan tu teringat kat mak teh kerana selalunya kalau pergi bercuti dimana2, selalu dengan mak teh. Dalam dok sebut mak teh tiba2 mak teh call. Panjang umur mak teh. Mak teh nak join tapi Wani ada hal sekolah. Mak kata kalau mak teh ada 3 ekor ikan tak cukup, kena tambah lagi 3 ekor. Restoran ni banyak pilihan, ikan pun banyak jenis, besar2 pulak, ada ketam, sotong, udang, lala & kerang. Mak makan lebih la sikit dari biasa tu. Harga berpatutan, tak mahal sangat.

Lepas balik bilik, mandi terus tidur. Tapi sebelum tidur sempat gosip sikit dengan ibu, mak & kakak. He..he.. biasalah tu.

Esok pagi dalam pukul 7.30pg turun bawah buffet breakfast, satu bilik dapat free 2 orang jadi 2 bilik dapat 4 orang. Mula nak ajak mak tapi mak tak mahu. Anak2 tak mahu turun kerana nak tidur lagi, jadi yang pergi saya & suami, kakak & suami dan ibu. Saya & kakak bayarkan untuk ibu rm20. Saya & kakak ajak ibu jugak. Berbaloi rm20 tu pasal macam2 makanan ada. Memang kenyang. Lepas makan, pergi keluar belikan mak & anak2 nasi lemak. Sampai bilik, anak2 dah bangun tidur, sibuk nak mandi SP. Bawa depa mandi dalam sejam. Lepas tu balik bilik siap2 packing baju.

Pukul 12 check out. Ramai orang kat Lobby. Bilik pun full. Lepas keluar dari hotel terus ke town untuk lunch. Saya dah tempah kat Restoran Horizon. Sampai restoran tu dalam pukul 12.50tghari, duduk aje terus mereka hidang makanan. Saya dah tempah tempat & makanan 3 hari lepas. Saya pilih ikan siakap steam 2 ekor, sayur campur, butter prawn, beancurd, seafood white tomyam, sotong cili & shark fin soup. Habis lagi la diet saya...Mak nampak selesa sangat, nampak seronok, mak makan tak banyak sangat tapi lebih sikit dari biasa. Mak teringat kat Kembar, kalau depa dua orang tu ada lagi mak seronok. Mak dok sebut la depa tu, depa tak boleh nak ikut pasal ada exam. Mak kata nanti bila depa cuti nak bawa depa makan kat situ.

Lepas makan terus balik ke rumah saya. Kami semua tidur kejap sebelum ke pekan Kemaman untuk beli baju kelawar. Bawa ibu & kakak, mak tak mahu ikut. Pergi ke kedai yang selalu pergi tu, macam2 pilihan ada. Sekarang baju kelawar pun dah mahal, dulu berbelas ringgit aje, sekarang sehelai rm30, itupun pasal ibu selalu beli kat situ & ibu beli 10 helai. Kalau beli sehelai dia bagi rm32. Sambil2 tu jamu mata tengok baju2 batik. Plan ngan kakak nak beli sepasang warna merah hati untuk pakai masa kenduri kawin Kak Ngah bulan 6 nie. Paling murah rm280. Tak beli pun pasal tak ada duit lagi he..he.. Budak tu cakap lagi 2-3 minggu ada stok baru, lagi cantik2. Kakak kata nanti dah sampai suruh saya beli, nanti kakak bank in. Saya tinggalkan no. hp kat budak tu pesan kalau sampai nanti bagitahu saya. Bab nak menghabiskan duit saya memang cekap. He..he..Sebelum balik singgah kedai keropok beli keropok lekor & ikan masin untuk mak. Kakak beli siap2 untuk bawa balik KL, jadi esok tak payah singgah.

Malam tu malas nak keluar, Mr Hubby aje keluar beli bungkus nasi goreng. Lepas makan terus kami semua lepak dalam bilik tengok tv. Bilik saya untuk perempuan aje, bilik awatif untuk lelaki aje. Tengok drama Dosa Serupa,tak sempat habis drama tu saya terus tertidur. Letih sangat.

Pagi tu breakfast roti canai. Menu makan tengahari - Asam Pedas Ikan Parang, ibu masak, saya masak Sup Soun Pucuk aje, Bibik Is goreng ayam & ikan masin. Lepas makan kakak siap2 nak balik KL. Aisy & Awatif sedih aje pasal Robin 7 Balqish nak balik. Cakap dengan anak2, hari Khamis ni nak pergi KL, hantar Tok & Tok Nek, baru la depa ok.

Lepas kakak balik mulala ngemas rumah yang bersepah, bilik Awatif, bilik Aisy & bilik tetamu. Malam ni ibu & mak nak tidur bilik Awatif. Mak rasa sunyi lepas kakak balik. Memang rasa sunyi pun, nasib baik ibu & mak tak ikut kakak balik, kalau tidak saya mesti rasa lagi sunyi.

Gambar nanti saya upload.

No comments: