Sunday, May 23, 2010

Akaun CIMB



(bergaya dengan lipstick baru - merah sangat la pulak - tersalah ambil)
Pagi ini perang antara saya & suami dengan Aisy berlangsung hampir 40 minit. Seperti biasa dia tak mahu pergi sekolah - puas pujuk - tetapi dia masih dengan keputusannya. Alasan dia kali ini berbeza sikit - "adik tak tahu nak buat - banyak soalan", pelik dengan alasannya kali ini, saya kata dengan suami "ada exam kot, tapi selalunya kalau ada exam, sekolah akan hantar surat". Untuk mendapat kepastian suami call Uncle Chin (pengetua) - memang betul ada exam hari ini & sepanjang minggu ini.

Yang kelakarnya dia boleh kata dekat saya "umi la punya pasal - selalu pergi KL, asyik2 KL - tu yang adik tak pandai tu - asyik ponteng sekolah". Amboi! sedapnya dia kata kat umi. ha..ha..Yang dia tak nak balik dia tak sebut pulak.

Pukul 9.45 pagi baru sampai kat sekolah - itupun setelah perdayakan dia - bagi dia pakai baju biasa, kata nak jumpa Uncle Chin - sampai kelas dia dok peluk saya & suami - Uncle Chin kata tinggalkan dia aje - masa kami turun tangga dengar dia nangis tetapi tak kuat sangat. Sepanjang dalam kereta & sampai kat rumah suami asyik kata dia amat susah hati dengan adik. Macamana nak buat? Pasal dimanjakan sangat ke dia jadi begitu - Awatif pun dimanjakan jugak, tak kurang & tak lebih tetapi mengapa sikap & perangai mereka berbeza?

Lepas hantar adik - kami pergi ke CIMB Bank untuk buka akaun simpanan saya - buku bank & akaun nombor BSN suami tak jumpa setelah 2 minggu ini suami cari untuk memudahkan ahli2 family bank in secara bulanan. Oleh kerana tak jumpa - suami saya pun bukakan akaun saya sendiri - memudahkan tugas saya selaku Bendahari HSFD. Sekarang tak macam dulu - tak payah buku - hanya pakai kad sahaja. he..he..saya baru tahu aje - maklumlah lama tak ada akaun bank. Proses saya memakan masa sikit pasal rekod saya masih ada - dulu saya ada akaun Bank Bumiputera - skrg dah tukar CIMB.

Lepas urusan bank selesai - balik rumah sekejap - lepas tu keluar balik untuk ambil adik, lepas tu terus kami ke Kerteh. Beli barang dapur sikit, beli lipstick saya (try kat tangan warna lain, bila beli tgk2 warna lain, tersalah ambil - merah la pulak).

Sekarang suami tengah sibuk ajar Awatif matematik - tadi saya dah ajar tetapi tak tahan sabar - suami ambil alih.

No comments: