Sunday, May 23, 2010

AF8

Saya adalah peminat Akademi Fantasia. Namun saya bukanlah antara peminat yang setia kerana tak pernah mengundi - last saya undi masa AF1 - undi Burn, AF3 undi "J" bukan nama sebenar (hanya family yg tahu). Minat saya ini saya kongsi bersama dengan Awatif. Awatif amat meminati AF1 hinggalah AF8.

Namun Akademi Fantasia 8 ini saya tak pernah menonton Konsert & Diari AF. Tak tahu mengapa tetapi ianya kurang mendapat tempat di hati saya berbanding dengan drama2 Korea. Agaknya inilah transformasi saya...

Tetapi semuanya itu berubah bilamana pertama kali mendengar lagu Shahir - kebahagiaan dalam perpisahan. Lagu itu terus melekat dalam hati saya walaupun hanya mendengar masa dia nyanyi setelah ditabal menjadi juara. Dek kerana kurang minat, saya tidak tengok final konsert semalam - saya hanya sempat tengok masa Adira nyanyi & kemudiannya keputusannya.

Oleh kerana jiwa saya yang jiwang (seperti yang dikatakan oleh suara2 sumbang)- lagu ini meninggalkan kesan yang amat mendalam pada saya. Amat menyentuh perasaan saya. Mungkinkah Shahir bakal menjadi penyanyi favourite saya selepas ini? Mungkin ya - mungkinkah saya sudah "jatuh hati" padanya? ha..ha..

p/s : terima kasih pada Afiqah - dlm blog dia ada lagu ini - kaksayang dengar lagu ini agak2 nya dah 20 kali. he..he..

No comments: