Wednesday, April 28, 2010

selasa malam


Lepas ambil adik dari sekolah, sperti dijanjikan bawa dia pergi Tunas Manja beli senapang. Lepas tu beli jambu Pak Ucu & air nenas (dah jadi ketagih - setiap hari mesti beli). Sampai aje rumah, rehat kejap tgk tv ngan anak2 pastu mula ngemas rumah. Dalam pukul 1 ajak anak2 tidur. Awatif selalu pening kepala pasal tak cukup tidur, bukan main susah nak suruh dia tidur. Awatif cakap dia dah rasa sihat dan pukul 4 ptg nanti nak pergi kelas fardhu ain, aku suruh dia tidur dulu. Jenuh jugak nak tidur anak2 - sebelah tangan tepuk si kakak, sebelah lagi tepuk si adik. Aku pun join sekali tidur tapi sekejap aje - bangun masakkan moi udang sebelum anak2 bangun tidur. Pukul 5.00 baru anak2 bangun tidur - aku lupa langsung yang awatif nak pergi kelas fardhu ain - dia membebel la kejap. Dia ni tak macam adik dia, susah nak ponteng sekolah, tution & fardhu ain. Kalau tak ada sebab dia tak akan ponteng. Adik dia pulak selalu cari sebab tak mau pergi sekolah. Macam 2hari lepas - hujan lebat - dia cakap "umi, cikgu adik kata kalau hujan tak boleh keluar rumah, panas baru boleh keluar rumah, jadi adik tak pergi sekolah ya umi" he..he..memang ligat otak dia bila bab nak ponteng sekolah - ikut Umi Wani ke Umi Mirah..he..he..

Menu untuk makan malam ni - moi udang aje la - sebenarnya dari semalam Mr Hubby suruh buat moi. Asalnya nak pergi makan Pizza - awatif yang nak sangat, bila nak suruh call delivery aje dia tak mahu, dia nak makan kat sana, malam ni pulak dia ada tution, takut tak sempat. Janji dengan dia malam esok.

Hari selasa malam memang aku akan duduk aje depan tv tgk Ghost Whisperer (betul ke spelling nie) & Desperate Housewife.

No comments: