Monday, April 26, 2010

Lepas Geram Pertama Kali




Memandangkan ini hari pertama blog ini dilahirkan (iye ke pengunaan bahasanya) maka aku mahu menulis dengan sepuas-puasnya. Biarkan keinginan aku yang nak berblog ni selama 2-3 tahun lepas berbaloi.

Blog ni macam diari jugak la lebih kurang, nanti bila dah tua boleh buat kenangan..

Seperti biasa, rutin aku tiap2 pagi, siapkan anak2 pergi sekolah, mula2 kejutkan si kakak, lepas Mr Hubby hantar kakak pergi sekolah & terus pergi kerja, kejutkan pulak si adik. Tugas ni memerlukan sifat penyabar yang paling tinggi, bukan calang2 orang boleh kejutkan dia untuk pergi sekolah, nak kejutkan dia paling senang TAPI yang paling susahnya bila sebut "adik bangun, pergi sekolah", kalau dia dah bangun pun tapi sebut pasal nak pergi sekolah tu aje dia akan terus sambung tidur. Adik ngantuk la umi, adik batuk la umi, adik demam la umi, adik selsema la umi, antara alasan2 dia tak nak pergi sekolah. Antara umpan yang paling berjaya untuk buat dia bangun ialah "nanti lepas balik sekolah kita pergi tunas manja, umi promise". Ha, walid dia pun angkat bendera putih kalau nak suruh kejut dia bangun untuk pergi sekolah.

Lepas siap2 dan hantar dia pergi sekolah, mula la aktiviti aku, sampai rumah dalam pukul 9pg, first sekali tengok drama Korea channel 303 KBS World, 3 drama sekaligus, abis dalam pukul 10.30pg. Lepas tu baru call ibu (mmg rutin wajib) tanya mak macamana, gossip pasal artis (he..he..selalunya aku yang bagitahu kat ibu perkembangan artis2 ni, pagi ni cerita pasal Rozita Che Wan pergi umrah ngan adik dia, smlm cerita Anne nak bercerai - bukan apa sejak ibu dok umah kakak, tak ada bahan bacaan, paper pun tak beli, aku pun tak beli paper tapi selalu layan Murai, itu yang banyak pengetahuan tu he..he.) kadang2 cerita pasal mak2 sedara & sepupu2, kiranya gosip jugak la.

Lepas call ibu, kalau aku RAJIN aku ngemas la umah sikit2, kalau sebaliknya aku duduk aje depan komputer layan FB sampai pukul 11.30pg, aku ambil adik sekolah dan terus singgah kedai beli nasi ayam ke, nasi lemak ke, nasi kukus ayam berempah ke. Masak? Niat tu ada tapi sejak akhir2 ni jadi malas sangat nak masak. 3ari lepas Mr Hubby bagi soalan maut punya "bila la sayang nak masak kat abang" he..he...

Lepas siapkan adik makan, kadang2 dia akan tidur, kadang2 dia akan main game komputer (bila umi dah start blog ni nampak gayanya adik kena sabar la tunggu turn adik ya). Kalau dia ada homework dia akan bagitahu tapi dia tak akan buat kalau dengan aku pasal - dialog dia "umi suka marah adik, tu yang adik tak mau buat homework ngan umi"..Memang pun, hilang sabar dibuatnya, selalunya dia akan tunggu walid dia balik. Mr Hubby mmg penyabar orangnya, itu yang anak2 suka belajar ngan dia.

Pukul 3ptg keluar ambil kakak dari sekolah pulak. Sampai rumah dalam pukul 3.30ptg, lepas mandi & makan, anak2 ada kelas fardhu ain pulak dari pukul 4ptg sampai 6ptg. Dalam sehari dok hantar jemput anak2 rasa letih sangat, tambahan bila musim panas.

Dalam dok menaip ni, ada seseorang tengah merintih merayu, "umi cepat la, lamanya umi guna komputer tu, adik la pulak" he..he..nampaknya adik kena biasakan diri mulai sekarang "-
1. Umi akan tentukan bila turn adik
2. Umi akan habiskan masa berjam2 dpn komputer (kecuali kalau walid ada he..he..)
"dah berapa minit dah umi guna, tak abis lagi ke umi" rintihan demi rintihan dia suarakan tapi akhirnya aku jawap"kejap aje adik, lagi sikit aje" .sambung dia, "lagi berapa minit" aku, "lagi 2 minit"....

Maka setakat ini sahaja coretan aku buat masa ini, kalau gian menulis aku terus mengganggu aku, petang ni aku akan sambung lagi.....Tak jemu? ini hari pertama bagi la peluang, biasa la tu orang baru nak mula.....

No comments: