Monday, April 26, 2010

Gara2 terlalu excited dengan blog baru ni, aku terlambat ambil adik dari sekolah, sedar2 dah pukul 11.45pg, apalagi kelam kabut la. Nasib baik kat jalan tadi tak banyak kereta & dalam 10 minit sampai sekolah - nampak aje kereta aku, cikgu dia terus hantar dia kat kereta. Selalunya aku antara parents yang terawal sampai tapi hari ini 10 minit lewat, he.he.. dek kerana blog punya pasal...

Masuk aje adik dalam kereta, dia mula membebel "kenapa umi lambat", "kawan2 adik dah balik dah", alah, bukannya lambat sangat, 10minit aje adik oi... sambung dia lagi "adik lapar & dahaga la umi" seperti biasa dialog dia tiap2 hari selepas balik sekolah, lapar tu maksudnya nak gula2 bukannya lapar nak makan nasi, aku buat perjanjian ngan dia kalau nak gula2 kena makan nasi dulu, dia angguk. Sebelum start kereta aku hantar sms kat Saiful bagitahu yang aku dah ada blog sendiri, tanda bangganya aku..he..he..

Dlm perjalanan tu terima sms balas dari Saiful tanya add blog ni, masa tu tengah drive (baca sms dia masa lampu merah), tak boleh nak balas, bila sampai kedai baru balas sms dia, mmg tak ingat add pasal baru aje nak belajar pasal blog2 nie - amboi, dalam sekejap aje dia tulis dalam blog dia untuk kenakan kita - lawak tengahari konon - tapi tak apa, semangat aku akan terus membara, akan ku tepis segala rintangan yang cuba untuk melemahkan aku...go sayang go..

No comments: