Monday, April 26, 2010

dush, dush, dush

Amboi, ada orang tu sibuk ngata kita pasal nama blog kita. Memang la nama jiwang, sesuai la dengan jiwa tuan punya blog. Kalau nak dibandingkan dengan anak makteh tu memang la jauh beza (kecuali tang rambut). Dia brutal lagipun masih single, cuba tengok dia 5 ke 6 tahun ke depan, bila dah kahwin dan ada anak mesti berjiwang sentimental macam tuan punya blog nie. Lawak petang ke, jiwang karat ke, tuan punya blog tak kisah, janji semangat tetap berkobar-kobar.

Adoi....ada lagi komen dia, memang la tak ada kerja pasal memang tak kerja. Dalam dunia arus permodenan sekarang, Facebook & Blog merupakan trend, jadi walaupun sekadar surirumahtangga sepenuh masa, tuan punya blog tak mahu ketinggalan. Aturan masa yang paling penting, walau duduk depan komputer berjam2 namun rumah tetap tip top.

No comments: