Tuesday, April 27, 2010

cerita pagi ini

Hari ni rutin berubah sikit pasal Awatif tak pergi sekolah hari ini. Bila kejutkan dia pagi tadi rasa badan dia panas sangat dan dia jugak dok mengadu sakit ulu hati. Pukul 6.50pagi dia minta nasi dan ayam goreng. Mr Hubby kata sakit ulu hati pasal angin dan perut kosong, heran jugak aku pasal semalam dia ada makan nasi. Dengan susah payahnya aku pun siapkan la untuk dia nasi putih & ayam goreng pagi2 buta. Pukul 7.30pg dah siap dan aku pun suruh dia makan. Em..em..memang lapar la dia, habis satu pinggan nasi. He..he.. macam orang nak pergi buat bendang pulak, pagi2 cari nasi.

Cabaran utama lepas tu ialah - kejutkan si Aisy, memang cabaran pagi ni pasal bila tengok kakak tak pergi sekolah, dia mesti tak mau pergi sekolah jugak. Memang faham sangat dengan perangainya tu. Seperti di duga, dia punya mengamuk tak mau pergi sekolah dengan keluarkan kata2 keramat ni "kakak tu best la duduk umah, asyik2 adik aje yang kena pergi sekolah - adik tak suka ada umi, adik tak suka sekolah tu" sambil mengayakan action ultraman, spiderman, superman & cicakman..he..he.. memang jenuh jugak nak memujuk, ambil masa hampir 20 minit. Bila nampak dia dah slow sikit, baru lah aku dengan lembut gunakan kata2 hikmat "ok, nanti lepas balik sekolah, kita pergi tunas manja", bila dia dah diam, baru boleh angkat dia masuk bilik air. Lepas mandi, pakai baju & buatkan susu baru mood dia ok.

Dalam kereta sibuk nak suruh beli nasi lemak, selalunya dia akan makan nasi lemak bila balik dari sekolah bukannnya makan kat sekolah. Dia memang suka makan nasi lemak & boleh habis licin satu bungkus. Alah, nasi lemak yang harga seringgit tu. Tak banyak mana tapi cukup la untuk cover perut dia tu. Pasal makan dia cerewet sikit, sama macam umi dia (masa umi dia kecil la - tapi skrg apa2 pun makan, tak cerewet dah). He..he.. dan dia juga peminat no. 1 laksa.

Menu tengahari ni - tak ada idea nak masak tapi idea nak membeli banyak. Sebelah sekolah Aisy ada restoran baru, belakang restoran tu pulak ada buka Kopitiam. Kiranya tak payah nak memeningkan kepala fikir apa nak bagi anak2 makan untuk lunch. Kat Kemaman ni memang penuh dengan kedai makan. Cakap aje nak makan apa, semuanya ada. Kat dalam peti ais ada ikan terubuk & ikan parang, beli kat TMC, Mesra Mall masa pergi Kerteh sabtu lepas. Tak tahu nak masak apa, ingat nak masak bila ibu datang minggu ni. Buat asam pedas ikan parang, hem..sedap tu. Tapi sekarang dlm proses menguruskan badan, abis camana?

No comments: