Thursday, April 29, 2010

cerita hari rabu






Kenapa time kat bawah x betul? Puas dah belek2 tapi x tahu macamana nak betulkan? Nak minta tips la kat pakar Bidadarindu tu...

Pagi ni rutin berubah sikit pasal ada kawan2 datang rumah pagi ni. Saja je diaorang datang pasal lama x jumpa saya. (tukar "saya" pasal penggunaaan "aku" tu x biasa, x pernah biasakan diri "aku" ngan kwn2, ingat saja nak pakai "aku" dalam blog tapi lama-lama rasa x selesa pulak). Borak punya borak dah pukul 11.10pg, hari ini saya ada appointment nak buat facial pukul 11.50pg. Kedai tu betul2 sebelah sekolah Aisy. Sebelum tu kena singgah kedai dulu beli gula2, coklat, roti dan toys yg kecil untuk buat umpan untuk Aisy supaya tak buat perangai sepanjang saya buat facial tu, selalunya dalam 2 jam. Ini bukan kali pertama dia ikut, dah faham sangat ngan perangainya. Selalunya buat hari ahad kerana dia x payah ikut kerana Mr Hubby ada tapi hari ahad lepas tak sempat nak buat. Dia memang boring tahap melangit punya, he..he.. kesian tapi nak buat macamana. Kena la sabar byk2, kena berkorban sikit pasal umi nak cantik punya pasal. he.he..Teringat pulak waktu dulu2 kat Kerteh, selalu saya bawa Awatif temankan saya pergi facial, waktu tu ada maid jadi tinggalkan Aisy yg kecil lagi. Awatif cukup suka ikut saya pergi buat facial, dia akan leka tengok sampai tertidur. Itulah bezanya antara anak perempuan & anak lelaki.

Hari ini tak masak apa2 pun, lepas maghrib pergi keluar makan kat A&W, Awatif nak makan pizza, aisy pulak nak makan KFC, kadang2 kita nak makan something kena ada harinya jugak, hari ni tak rasa nak makan pizza, kfc pulak baru aje makan 4-5 hari. Last2 Mr hubby bagi cadangan makan A&W, anak2 pulak bertekak "-
Awatif : oklah walid, kita makan kat A&W la
Aisy : x mau, adik nak makan kat KFC
Awatif : kakak nak makan kat A&W
Aisy : adik nak makan kat KFC
bertekak lagi, lagi, lagi, lagi...last2
Aisy : oklah, adik makan kat A&W

Di sebabkan saya diet, Mr Hubby pulak nak makan nasi lemak, kami order 3 ketul ayam aje, tapi x cukup, order lagi 2 ketul ayam. Lepas makan pergi kedai kasut beli selipar kat adik (selipar lama dah putus), Awatif pun nak jugak, belilah 2. Adik punya lama tunggu pasal yang mana adik berkenan semua x ada saiz, cari punya cari ada satu tu sama macam selipar lama tapi pattern lain sikit, mujur ada saiz. Pastu nak singgah Tunas Manja nak beli susu adik & sabun basuh baju tapi orang punya ramai la, kereta berderet2 penuh, malas nak berhimpit2 cakap ngan Mr Hubby esok aje la saya beli lepas ambil adik sekolah.

Sampai rumah rehat kejap, ingat nak lipat baju sebangkul tu, tapi dalam dok nanti, nanti, sampai ke sudah x lipat2. Masa tengok drama Korea, cakap dalam hati lepas abis drama ni akan lipat baju, abis drama Korea sambung pulak cerita CSI, dalam hati lagi, lepas CSI ni la lipat, abis CSI tengok HBO pulak, dalam hati kata lagi..em..em..tgk jap je pastu lipat, janji dalam hati sendiri, pastu tiba2 adik keluar bilik ajak tidur ngan dia sekali, sebelum tu Awatif dok ajak masuk bilik,
Awatif : umi jom la masuk bilik, Awatif ngantuk ni
Me : Awatif masuk la dulu, umi nak lipat baju, abis nanti umi masuk
Awatif : umi bukan nak lipat baju pun, umi nak tengok tv kan? umi tgk la dlm bilik
Me : umi nak lipat baju ni, awatif tidur dulu, nanti umi masuk
sambil hentak2 kaki dia masuk bilik, dah besar tapi manja bukan main, nak tidur mesti nak kena peluk dia. Bila jenguk bilik, dia dah tidur sebelah walid. Kesian pulak. X pa, esok pagi boleh tebus balik dengan dia. Hampir tiap2 malam anak2 bergaduh berebut nak tidur ngan saya. Kadang2 berebut nak tidur dengan walid. Itu baru anak 2 orang kalau anak 4 orang macamana nak buat? Awatif selalu merengek nak adik perempuan, saya cakap ngan dia "kalau ada baby, baby nak tidur mana? Awatif & adik pun selalu gaduh nak tidur sebelah umi". Dia cakap " Awatif tidur sebelah kanan umi, adik tidur sebelah kiri umi, baby tidur BAWAH KAKI umi" Ha..ha..gitu la pulak. Abis macamana? Sanggup ke nak letak baby bawah kaki? Pendek cerita, memang tak akan ada baby la...

Sambung pasal Aisy tadi, tiba2 dia keluar bilik, suruh saya masuk bilik, adik dah ngantuk ni dia kata, saya kejap kejap, umi nak lipat baju, dia pun baring sebelah saya, lama jugak, dalam 20 minit, pastu dia masuk bilik, dalam 5 minit dia keluar cakap "umi, walid nak air", saya "air apa?", aisy buka pintu tanya walid "air apa walid?", saya tak dengar Mr Hubby kata apa, pastu adik cakap "air kosong la umi". Heran jugak saya pasal Mr Hubby ni jarang minta air ke apa2 kat saya, selalunya dia akan ambil sendiri. Dia xnak nyusahkan bini dia yang sememangnya terlampau rajin he..he..Lepas ambil air tu terus saya masuk bilik nak bagi kat Mr Hubby, tiba2 dia cakap "abang x minta air pun, adik yang nak"..tertipu rupanya. Adik yang nak air sebenarnya, pandai sungguh dia kenakan umi ya...Kalau dia cakap dia nak air dia tahu mesti saya ambil masa yang lama, pandai dia gunakan nama walid...xpa, xpa, nanti umi balas balik he..he...

Lipat baju? mood malas dah datang, tangguh esok aje la...

No comments: