Thursday, April 29, 2010

cerita hari Khamis






Pagi ini pergi sekolah Awatif, ada seminar Kesihatan. Sibuk dari semalam suruh saya pergi, Mualimah nak semua ibubapa hadir hari ni - antara dialog dia awal2 pagi tadi. Mulanya malas nak pergi, tapi kena paksakan diri juga pergi pasal malas nak bersoal jawab ngan dia nanti. Janji ngan kawan pukul 10.00pg tapi kawan lambat sikit, ada anak kecil biasa la tu. Buat pemeriksaan kesihatan, berat 50kg, tinggi 153, darah ok, cuma ada tekanan darah tinggi sikit 192-96(normal 80). X pernah ada tekanan darah tinggi sebelum ni, ini first time. Terkejut jugak. Selalunya tekanan darah rendah. Tapi x pa, boleh control lagi, tadi nurse tu sarankan kurangkan pengambilan makanan yang masin. Heran jugak pasal dalam 2 minggu ni tengah diet, x makan nasi apatah lagi lauk yang masin, cuma makan buah aje mcamana boleh ada darah tinggi?

Lepas buat pemeriksaan kesihatan tu, jalan2 la tengok apa yang ada, ada sudut pergigian, check breast cancer, derma darah (teringin tapi penakut yang amat sangat - ketaq masa nak ambik darah cucuk kat jari tadi pun x abis lagi) & macam2 info pentingnya jaga kesihatan. Liar juga mata dok melilau cari Awatif, bukan apa saja nak bagi dia tengok saya ada, nanti x nampak dia ingat saya x datang pulak. Tanya Mualimah budak2 darjah 3Hamzah ada x? Mualimah tu cakap "budak2 darjah 1-3 lambat sikit turun", saya x bleh tunggu lama pasal jam dah pukul 11.30pg, nak ambil adik lambat pulak nanti. Xpa, saya balik dulu la, nanti bagitahu aje la kat Awatif yang saya ada datang, siap ambil gambar buat bukti, sebenarnya niat nak letak dalam blog tu yang lebih. Sejak ada blog ni semua aktiviti nak ambil gambar pasal nak letak dalam blog. Semalam masa makan A&W x sempat nak ambil gambar pasal anak2 dah lapar sangat.

Lepas ambil adik singgah Tunas Manja, beli susu adik & sabun basuh baju. Sambil tu si hero tu dok merayu nak senapang, sebenarnya smlm janji ngan dia kalau dia x buat perangai masa facial, umi akan beli senapang panjang. Jadi tadi dia tuntut la janji -
ok lah, senapang tu harga rm7.90. Lagipun pagi ni mood dia baik aje, bangun sendiri & pakai baju sendiri (tapi seluar sengget sikit he..he..). Sampai rumah dia tengok tv kejap pastu tidur. Ngantuk sangat la tu.

Hari ni dah 29hb, kenapa tarikh kat atas masih 28hb..Tolong..tolong..macamana nak buat ni?

No comments: