Monday, July 25, 2016

cerita macam-macam

Assalamualaikum.

Masih dalam mood raya nie... selamat hari raya semua. Mohon maaf kalau selama nie ada cerita2 saya nie ada yang terasa ke apa ke. Sesungguhnya cerita2 yang saya kongsikan kat sini semuanya cerita2 keluarga sahaja. Untuk saya ingatkan kembali memori2 lama bila dah tua2 nanti...sekarang pun dah tua sebenarnya, 41 tahun dah hehe...

Banyak cerita nak kongsi kat sini.  Masih berhutang cerita pergi Italy bulan 3 aritu. Cerita raya lagi, cerita rumah baru, cerita Nyah lelaki meninggal...Lama dah nak update blog nie tapi tak ada masa. Sibuk sangat. Dengan masalah rumah, suami lak tak ada kat sini. Akibat stress berat badan saya turun sampai 43 kg. Ramai orang ingat saya sakit! 

Alhamdulilah sekarang dah rasa ok sikit. Beratpun dah naik ke 48 kg. Makan pun dah berselera balik. Jadik takut lak asyik makan aje nanti berat naik mencanak lak hehe..... baju2 raya beli baru2 nie semua size kecik2... perasan dah kurus konon-kononnya kan, kalau badan naik jenuh nak beli baju baru...

Walaupun masalah rumah tak selesai lagi saya tak nak dah fikir sangat. Nak relax aje. Kalau tak nanti jadi stress macam aritu. Nak tumpukan segala tenaga semua pada anak2. Aisy nak amik UPSR dan Awatif PT3. Tak lama dah tu.. Suami kat sana pun tak senang hati gak sebenarnya. Tiap2 hari cal ingatkan anak2 belajar. Awatif saya tak risau sangat. Tak suruh pun dia memang dok belajar. Tidur lambat bangun awal dok belajar. Kadang2 kesian pulak tengok dia. Tak apa, susah sekarang senang kemudian. 

Yang saya dok susah hati nie si Aisy tu. Adik besar tu.... Kalau tak suruh belajar memang tak belajarla. Kalau tak main game dia tengok tv. Bila bebel2 kat dia mengamuk lak. Pagi2 nak pergi sekolah tu adoila...mencabar kesabaran sungguh! Ada aje alasan dia tak nak pergi sekolah. Masa awal tahun saya ada hantar dia tution malam. Bertahan sebulan dua aje sebab nak kena hantar pukul 8 malam, balik pukul 10 malam. Agak susah sikit sebab time Aqib tidur tu. Jadi saya amik personal tutor mai rumah. Sejam rm30. okla tu kan harganya..

Alhamdulilah sejak seminggu nie nampak perubahan sikap dia sikit. Nampakla dia belajar sikit. Semoga berterusan la hendaknya.. Awatif dulu dapat 5A. Masa Awatif tu saya harapla jugak 5A sebab tahu kemampuan dia. Tapi Aisy nie memangla saya harap kejayaan yang sama macam Awatif tapi kita sebagai ibu kita tahu tahap kemampuan dia. Apapun keputusan dia saya terima. Selalu doa agar dia terbuka hati untuk belajar....Bukan tak pandai tapi minat nak belajar tu tak ada lagi...





Mungkin sebab lama tak update blog kot, try banyak kali pun tak boleh nak upload gambar2. Cuba2 yang nie saja yang boleh. Gambar masa sambutan birthday Aqib yang setahun Februari lepas. Nanti dah setel nanti sambung balik cerita..

Friday, March 4, 2016

Aqib dah setahun

Assalamualaikum. Lama dah apdet blog. Dok jenguk jugak sekali sekala tapi tak ada kesempatan nak berceloteh kat sini. Memang tahu tak ada siapanya nak baca coretan merapu nie. Cuma untuk kenangan ajelah blog nie. Memang itu tujuan asal blog nie ada kan..

Rasa kejap aje kan masa berlalu sekarang. Tup2 dah bulan Mac 2016. Esok2 puasa, pastu raya, pastu dah masuk tahun 2017. Percayalah, masa sekarang rasa cepat sangat! Aqib pun dah setahun sekarang, Alhamdulilah, syukur.. 2 minggu nak setahun tu dia demam, batuk dan selsema. Seminggu jugaklah dia sakit. 3 kali jugaklah ke Klinik pastu try buat rawatan sonotron. Kali pertama buat masih tak baik. Ingat tak nak la pergi Ampang Putri, nak elak dia makan antibiotik yang kuat. Sebelumnya nie memang dia akan baik lepas makan antibiotik Ampang Putri punya. Takut la jugakkan. Jadi kalau boleh nak elak pergi Ampang Putri tu dan nak cuba rawatan alternatif lain. Kebetulan bila tengok fb ada nampak pasal rawatan sonotron nie. Bila tengok alamat yes ! dekat sangat ngan umah jadi terus cal buat appointment. Amik pakej 3 kali buat free 1 kali.

Kali pertama buat tak nampak kesan sangat. Mungkin sebab dah ada jangkitan kuman. Batuk makin teruk, tidur tak jerap, tak nak makan dan kurang menyusu, dan demam tak kebah2. Paling takut dia banyak diam aje. Selalunya dia bukan macam tu. Bukan Aqib la nama ya kalau tak merayap sini sana hehe.... Ibu pun tegur Aqib nie banyak diam aje. Takut pulak. Jadi esok pagi2 terus pergi Ampang Putri ngan PakTeh. Minga tolong PakTeh bawakan. Saya tak berani lagi nak drive tempat sibuk2 tu lagipun saya tak ingat jalan langsung.  Bila sampai sana tengok ya Allah ramainya budak2  sebaya dan muda dari Aqib alami sakit yang sama. Wad sampai penuh la. Mujuq Aqib tak kena warded. Dr  bagi injection antibiotik pastu buat neb, tepuk2 belakang dan sedut. Dr kata kalau dalam masa 2 hari tak baik lagi kena pergi semula. Alhamdulilah, lepas tu batuk dah makin kurang dan demam terus kebah. Time nak bagi makan ubat la susah sikit. Kena kuatkan fizikal dan mental kerana Aqib macam budak2 lain la kan, susah nak makan ubat! Kena kering hati suap jugak ubat tu walaupun  dia nangis air mata meleleh sambil tengok kita. Memang sedih tapi terpaksa! Setiap kali nak bagi makan ubat memang seksa, bukan kata kat anak, mak pun sama rasa terseksa!! Kesian anak ummi!!

Walaupun makan ubat dr hospital rawatan sonotron pun saya teruskan. Rasanya berkesan jugak. Lepas buat tu dia akan berak keluarkan lendir2. Banyak hari jugakla dia berak2. Lepas seminggu tu dia dah baik sepenuhnya. Makan dan menyusu macam biasa. Aktif la balik hehe... Tok tak larat balik nak dukung dia. Tapi tak apalah dia aktif ke, dok tak diam ke. Janji dia sihat. Tak mau la dia diam aje macam masa dia sakit tu!!

Bila dah sihat barulah ummi hepi nak sambut besday Aqib. Barulah ummi ada semangat nak buat besday party Aqib.. Buat simple aje pun. Walid tak ada kat sini so buat ala kadar ajelah. Tetamu adik beradik aje, tak ada orang luar pun. Masa kat Awatif dan Aisy dulu tempah kek bentuk satu. Masa Aqib kononnya nak kelainan, tak nak kek, nak buat pulut kuning. Ibu volunteer nak buat. Ok, hati senang dah hehe... Menu saya buat semua selera anak2. Yang mana anak2 dan anak2 sedara suka. Ayam bakar, makaroni cheese bakar, sushi, sandwich, puding cheese dan pusing herseys. Semuanya feveret budak2. Pulut kuning makan dengan gulai daging kakak masak. Majlis mula pukul 4 petang jadi tak adalah kelam kabut sangat pagi tu. Simple aje pun, suami cal suruh amik video masa majlis tu tapi sebab Aqib buat perangai tak nak pakai baju terus jadi kelam kabut. Saya tempah jubah khas untuk dia pakai masa besday tu tapi boleh pulak dia ngamuk2 tak nak pakai. Bila paksa jugak dia boleh tarik2 jubah tu sambil nanges kuat! Adoilah, anak ummi nie. Punca dia tak nak pakai baju sebab sepanjang seminggu dia demam saya tak bagi dia pakai baju. Senang nak jelum dia dan sapu minyak tropika kat dada & belakang dia. Mungkin dia dah selesa tak berbaju!!

3-4 kali cuba tak jalan jugak. Cuba pulak bagi dia pakai kemeja. Dia nanges jugak tapi bila pujuk2 dia ok. Lega! Tapi sayang jubah tu tak dipakai! Tak apalah, simpan raya la jubah tu!



Thursday, December 3, 2015

bercuti di Xian

Percutian yang tak dirancang. Tiba2 aje rasa macam nak ikut Nyah sekeluarga. Mereka memang dah plan awal. Saya sefamily aje last minit baru cakap nak ikut. 

2 tahun lepas pergi Beijing. Masa tu suami tak ikut kerana terikat ngan kerja. Tak boleh nak amik cuti. Kali nie suami ikut sekali yeay!!! Tak bestnya kakak tak dapat join kerana masa pergi tu belum cuti sekolah lagi. 

Percutian kali nie memang mencabar sikit eh! bukan sikit la, banyakkkkk!! Sebab ada budak kecik tu hehe.... Aqib jenis tak banyak kerenah, baik aje perangai dia cuma time nak pakai baju tebal dia buat perangai. Dia rimas kot pakai baju banyak2 lapis pastu tebal2 lak! Meragam setiap kali nak pakai baju!! Kita nie takutla dia sejuk mengigil ke apa ke. Aduhai la anak ummi nie...

Masa pergi Beijing dulu relax goyang kaki aje. Tengok Yan & Qilah masing2 ada anak kecik boleh kita geleng kepala. Letih tengok depa uruskan anak kecik. Alih2 time Xian nie kita pulak yang kena hehe... Yan pulak anak dah besar skit bila tengok kita ngan muka ala2 macam nak kata ha! dulu kak sayang kata kat kami, sekarang rasakan lah... penat hoiii!!! 

Stroller tak bawak. Harapkan carrier aje. Kat sini xdak masalah. Aqib enjoy ada dok dalam carrier tu. Masalah besaqnya kat sana. Ngan baju tebal dia manalah buat masuk dalam carrier tu. Muat pun ngam2 aje. Tak selesa untuk dia dan kita. Mengamuk sakanla dia bila paksa dia dok dalam tu sampai nyonya2 cina ingat kita nak dera anak. 

Time jalan2 seksa hoi!! Tu belum cerita bab nak makan. Setiap kali nak makan setiap kali tu lah dia nak tido la, nak menyusu la. Pengalaman bawak anak kecik bercuti - satu perkataan aje penat tapi seronok!! eh bukan satu dah 3 dah perkataan tu!

Saya tak shopping sangat pun. Kat Beijing dulu duit abis langsung. Kali nie kat Xian banyak bawa balik duit balik. Tak  sempat nak beli apa2. Penat dan letih uruskan Aqib. Lagipun Xian tak macam Beijing. Bukan tempat shopping sangat. Xian banyak tempat bersejarah.

Penat macamana pun kalau ajak bercuti lagi saya tetap akan bawa anak2! Tak best bercuti tanpa anak2. Awatif & Aisy dah besar cuma Aqib ajelah yang kena jaga lebih. Tak sabar nak pergi bercuti lagi. Pasnie kena kumpul duit, Korea tunggu kami datang hehe...

Nanti sambung lagi cerita pasal Xian..

kat airport, hari berlepas

ngan Yan

ngan Ibu





pakai baju nie yang buat dia selalu naik angin hehe..

Tak banyak gambar dalam fon saya nie. Dok dukung Aqib aje manalah ada masa nak bergambar. Gambar pun tak banyak sangat amik. 

Nanti sambung cerita & gambar lain kali.

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Aqib

Gambar2 sekitar majlis Aqiqah & cukur jambul Aqib. Masa majlis tu kalau tak silap Aqib baru 23 atau 24 hari. Seperti selalulah catering amik kat Nona Klasik. 

Sebelum mengandung lagi saya dah angan2 kalau ada baby nanti saya nak buat majlis aqiqah ada pelamin buai macam nie. Saya memang teringin dari dulu lagi. Alhamdulilah, tercapak gak impian di hati. Terima kasihlah pada suami yang banyak mengikut kehendak hati saya yang macam2...

Jom lah layan gambar2 dulu :-





















Monday, November 23, 2015

Aqib 8 bulan

Entry lama terperuk dalam draft, sekarang Aqib dah nak masuk 10 bulan

Semalam genap Aqib 8 bulan. Alhamdulilah..Perkembangan dia :-
1) gelak dah bunyi hehe..
2) semua benda nak masuk mulut. kalau biar dia meniarap lantai @ carpet dijilat2 macam sedap sangat hai!!! la..
3) pantang nampak ummi!!
4) suka senyum
5) susah nak makan kalau itu memang makanan dia tapi kalau makanan kita orang besar nie bukan main mulut dia dok ngangga.
6) dah merangkak setapak dua.
7) ummi start ajar tidur buai kerana tok dan walid dok bising ummi asyik belek dia aje hari2 hehe....iyalah, dia suka ummi dok sebelah dia baring tdo ngan dia sekali. kalau macam tu lama dia tdo. ummi bangun aje dia akan terjaga. kalau tak ada kerja tak apalah. 
8) manja sangat.. maklumla anak bongsu hehe...
9) start letak dia dalam walker. dia kurang suka. mungkin tak pandai lagi kot!
 
Itu ajelah kot perkembangan dia 8 bulan nie. Berat 7.4 kg. Rasa macam berat dia kurang aje. Dah 8 bulan kot! Susah hati sangat dia tak nak makan. Kalau bagi makan biskut farley tu dia akan muntah. Dah 2 kali try bagi dia makan. Kesian teruk dia muntah. Pastu bagi makan bubur nasi + ayam, pun muntah gak. Ibu bising2 cakap perut dia tak boleh terima lagi jadi jangan paksa dia. Masa dia muntah baru2 nie rasa ketar dah. Muka pucat, badan macam dah lembik. Rasa nak nangis dah!! Mujur pastu tu dia ok. Alhamdulilah!! 

Dia minum susu badan ajelah. Saya risau takut susu saja tak cukup untuk dia. Iyalah, nak membesarkan? Budak lain makan macam2 dah. Dia pulak hanya bergantung ngan susu aje. Bawah 6 bulan oklah, nie dah 8 bulan. Ibu cakap anak buah saya Mustaqim tu dulu setahun baru start makan. Sekarang nie ok aje sihat dan membesar dengan jayanya hehe... Satu saiz dah ngan walid dia! 

Bila dengar ibu cakap macam tu rasa lega skit tapi saya masih nak mencuba lagi bagi dia makan. Tapi tunggu dulu sehari dua nie. 

Sejak 8 bulan nie Aqib suka betul tengok cartoon Pororo. Kalau nangis kuat dengar lagu Pororo terus diam! 

ralit tengok Pororo

bangun tidur tengok ummi nak amik gambar terus dia senyum

muka masam bila kena teman ummi hantar kakak ke sekolah. aritu tok & tok nek tak ada kat rumah kerana pergi teman wanteh amik umi nani

bila kakak panggil nama dia terus senyum..

pose tengah meneran hehe...

siap2 nak pergi airport amik tok. tok pergi Vietnam jalan2..

Tuesday, August 25, 2015

Aqib 6 bulan

Lagi 2 hari genaplah Aqib 6 bulan. Rasa macam baru aje semalam dia lahir. Cepat sangat rasa masa berjalan. Pejam celik pejam celik dah 6 bulan. Janganlah cepat sangat besar Aqib. 

Aqib sekarang dah pandai meniarap. Pantang letak bawah dia akan meniarap. Tapi dia tak pandai nak baring balik. Bila lama2 nangis lah dia. Lenguh kot hehe... Comey aje tengok kelaku dia. Anak sendiri puji lebih2 lah haha...

Sekarang nie dia dah kenal saya. Kalau saya lalu depan dia tapi tak dukung dia mulalah buat mini konsert. Semua irama ada, dangdut, rock, zapin semua ada. Setiap kali nak amik hantar Awatif & Aisy sekolah saya tak berani nak lalu depan dia. Walaupun ibu tengah dukung dia pun kalau saya lalu depan dia tapi tak dukung dia mulalah dia nangis. Jadi setiap kali nak keluar saya akan keluar senyap2. Tak adalah nak bye2 ke dia. Macamlah budak besar kelaku dia tu.

Dengan ibu dia ok pasal dah duduk sekali kan. Ngan kakak pun dia ok gak pasal kakak selalu tidur rumah saya pada weekend. Dengan orang yang jarang jumpa dia macam nak tak nak tapi dia tak nangis kalaupun orang tu dukung dia. Tapi kalau time tidur dia ataupun time dia ngantuk dia cuma nak saya aje. Sapa2 dukung dia pun dia tak nak. Dia tengah tidur pun kalau saya bangun dia akan terjaga. Suami kata saya manjakan dia sangat. Biasalah kan anak bongsu....

Aqib nie suka senyum. Dengan sapa2 pun dia akan senyum aje. Bila acah2 marah dia buat muka sebek. Kalau nangis meleleh-leleh air mata. Sedih sangat la tu... Sejak umur 4-6 bulan nie semua benda dia nak masukkan dalam mulut. Pantang pegang apa2 pun dia nak masukkan dalam mulut. Tangan ummi pun selalu dia jilat la, hisap la.. Adoilah anak ummi... Lapar agaknya...

Saya nak tunggu dia genap2 6 bulan baru nak start bagi dia makan. Tak sabar sebenarnya. Last week dah beli dah barang2 untuk tu. Beli blender, steamer, mangkuk, sudu, dan bip. Semua dah ready dah... Menu pun dah ada. Sejak 2-3 minggu lepas saya dok google cari info pasal pemakanan baby umur 6 bulan. Walaupun nie anak ke 3 tapi sebagai ibu tak salah kita nak banyakkan lagi ilmu kita kan? Dulu2 lain caranya. Lagipun dulu saya tak kenal lagi dunia internet @ google2 nie. Masa Awatif & Aisy dulu genap 6 bulan aje saya dah bagi makan bubur nasi blender. Tak tau lagi puri apple ke, puri lai ke. Ingatkan dulu tak boleh bagi baby makan buah. 

Alhamdulilah, Aqib masih fully bf. Saya amalkan minum air longan kering dan kurma merah untuk milk booster. Kalau rasa2 macam susu macam kurang cepat2 saya minum seperiuk. Lepas minum tu Alhamdulilah rasa susu ok. Minum air kosong pun banyak jugak. Kadang2 tak lalu tapi sebab nak susu banyak telan aje lah. Kurma pun saya makan jugak. Nasi memang kena makanla kan? Jadi tak bolehla nak diet. Kena sabar dulu la. Tak apalah, gemuk pun gemuk la. Janji anak dapat susu secukupnya. 






Pampers dah tukar dari saiz S ke M. Berat last timbang 7 kg. Banyak baju dah tak boleh pakai. Ketat! Ibu dok bising saya suka beli baju kecik2 kat anak. 

Oklah, nanti sambung lagi la... 

Friday, July 3, 2015

Aqib 4 bulan

Alhamdulilah, Aqib dah 4 bulan dah. Kejapkan rasa? 

Setiap kali sentuh bab umur dia mesti nak kena jugak cakap "teringat masa mula2 tau mengandungkan dia, teringat masa kena alahan teruk, masa dia dok tendang2 dalam perut, masa tengok dia pertama kali" ayat2 biasalah tu kan hehe..

Dah 4 bulan nie banyak akal dah. Pandai dah nak main2. Pantang tak ada orang depan dia mulalah nangis. Bab nak tidur nie dia demand skit. Nak tidur berdukung. Letak aje dia akan terjaga. Dia akan buat mini konsert dulu sebelum tidur. Ini kalau dia betul2 ngantuk lah.Tak tahu kenapa. Kakak saya selalu kata dah ngantuk tu tidur ajelah Aqib, kenapa nak nangis2. Ummi pun heran gak. Tapi selalunya dia baik aje. Malam2 pun ok dah sekarang. Lepas menyusu terus tidur aje. 

Oleh kerana saya dah biasa asyik dukung dia aje masa dalam pantang maka sekarang tanggunglah akibatnya hehe.... Dia suka sangat orang dukung dia. Tidur berjam2 pun xpa. Itu sebablah tangan saya nie selalu sangat lenguh dan kebas. Ibu selalu cakap saya nie dok kelebet (org utara cakap) anak, satu kerja rumah pun tak jadi hehe.... Selama 4 bulan nie ibu yang banyak tolong saya uruskan rumah. Dalam tak sihat pun ibu tolong gak. Tak terbalas jasa dan pengorbanan ibu...








Aqib dan tok - orang2 kesayangan saya 😄